Tefal RK105865 Mecha congee

User Manual - Page 20

For RK105865.

PDF File Manual, 45 pages, Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
17
Menyukat bahan-bahan – Kapasiti mangkuk yang maksimum
Penanda bersenggat di dalam mangjuk diberikan dalam liter dan cawan,
ia digunakan untuk mengukur jumlah air apabila memasak nasi - fig. 7.
Cawan plastik yang disertakan adalah untuk menyukat beras dan jadual
di bawah menyatakan kuantiti beras yang diperlukan untuk jumlah
hidangan. 1 paras sukatan beras mempunyai berat lebih kurang 150g.
Jadual di bawah memberi panduan untuk memasak pelbagai jenis beras.
Untuk hasil yang terbaik, kami menyarankan penggunaan beras biasa
berbanding jenis beras ‘senang masak’ yang biasanya lebih lembik dan
mungkin melekat pada dasar mangkuk. Sekiranya menggunakan jenis beras
yang lain seperti beras perang atau beras liar, kuantiti air perlu diubahsuai
seperti jadual di bawah.
Untuk memasak hanya 1 cawan nasi putih (untuk 2 hidangan kecil atau
1 hidangan besar) disebabkan tiada tanda 1 cawan di dalam mangkuk
masakan, anda perlu menggunakan 1 cawan beras putih dan tambahkan
1 ½ cawan air. Bagi sesetengah jenis beras, adalah normal sekiranya sedikit
nasi melekat pada dasar mangkuk semasa memasak 1 cawan nasi. Untuk
memasak nasi putih dalam kuantiti yang lain, rujuk kepada panduan
memasak di bawah.
Sukatan maksimum air+beras tidak boleh melebihi tanda 5,5 atau 10
(bergantung kepada produk) di dalam mangkuk - fig. 7. Bergantung
kepada jenis beras, kuantiti air perlu diubahsuaikan. Lihat jadual di bawah.
MEMASAK NASI
Pusingkan sedikit mangkuk ke kedua-dua belah arah untuk memastikan
bahagian bawah mangkuk bersentuhan dengan plat panas.
Periksa sama ada pengumpul wap diletakkan dengan betul, jika tidak
sila tekan dengan kemas ke dalam alurnya - fig. 6.
Tutup dan kunci penutup.
Pasangkan plag peralatan.
Jangan buka suis peralatan sehinggalah kesemua langkah di atas telah
dilengkapkan.
Elakkan memasang suis peralatan sekiranya mangkuk masakan kosong.
Jangan sentuh plat panas semasa peralatan sedang digunakan.
Jangan sesekali meletakkan tangan di atas corong wap ketika
memasak untuk mengelakkan bahaya melecur. Jangan menggunakan
pemegang penutup untuk mengangkut produk sewaktu ianya penuh.
Pakai mangkuk nasi yang disediakan sahaja. Jangan masukkan air
atau bahan makanan ke dalam periuk nasi tanpa mangkuk.
Loading ...
Loading ...
Loading ...