Loading ...
Loading ...
Loading ...
Sentiasa tekan butang OFF sebelum anda mencabut plag perkakas, jika tidak mod, fungsi dan tetapan
yang terakhir dipilih akan disambung semula apabila plag periuk pemasak nasi dipasang semula.
11 Cabut plag periuk pemasak nasi untuk mematikkannya.

1 Ikut langkah 1 hingga 7 dalam bahagian ‘Memasak nasi’.
Jangan melebihi isipadu yang ditunjukkan dalam jadual untuk memasak bubur nasi, kerana ini boleh
menyebabkan periuk pemasak nasi membuak.
2 Tekan butang CONGEE (Gamb. 9).
Lampu bubur nasi menyala.
Masa memasak lalai selama 1 jam berkelip pada paparan.
, Tekan butang HR dan/atau MIN untuk menetapkan masa yang dikehendaki. Anda boleh
menetapkan sebarang masa antara 30 minit dan 4 jam (Gamb. 10).
, Jika anda gagal untuk menetapkan masa memasak, masa memasak lalai selama 1 jam akan
digunakan.
, Proses memasak bubur bermula secara automatik dalam masa 5 saat setelah menetapkan
masa memasak.
Apabila proses memasak bermula, paparan akan menukar masa yang dipratetap kepada masa
semasa.
Untuk melihat masa memasak pratetap, tekan butang HR atau MIN sekali.
, Apabila proses memasak telah selesai, anda akan mendengar bip. Lampu bubur akan padam
dan lampu simpan panas/panas semula akan menyala untuk menunjukkan bahawa periuk
pemasak nasi telah beralih ke mod simpan panas secara automatik.
3 Tekan butang OFF untuk membatalkan proses memasak, tetapan pratetap atau mod simpan
panas. Lampu masak akan mula berkelip.
4 Cabut plag periuk pemasak nasi untuk mematikkannya.

Anda boleh mengunakan mod panas semula untuk menghangatkan nasi yang telah sejuk. Isi periuk
dalam tidak lebih daripada separuh kapasitinya untuk memastikan nasi dipanaskan dengan betul.
1 Kacau nasi sejuk dan ratakannya di dalam periuk dalam.
2 Tuang sedikit air pada nasi untuk mengelakkannya daripada terlalu kering. Jumlah air untuk
ditambah bergantung pada jumlah nai yang sedang dipanaskan.
Jika nasi mula menjadi panas, tambahkan sedikit lagi air.
3 Tekan butang KEEP-WARM/REHEAT dua kali untuk memulakan proses memanaskan semula.
, Lampu keep-warm/reheat mula berkelip dan proses memanaskan semula bermula.
, Masa pemanasan semula dipaparkan dan pengiraan detik bermula.
, Masa memanaskan lalai adalah 9 minit.
, Apabila proses memanaskan semula selesai, anda akan mendengar bunyi bip.
Lampu simpan panas/panas semula menyala berterusan menunjukkan bahawa periuk pemasak nasi
telah menukar secara automatik ke mod simpan panas.
, Ratakan nasi sebelum dihidangkan.
, Nasi yang sejuk tidak seharusnya dipanaskan lebih daripada sekali.

Fungsi ini membolehkan anda menyimpan panas nasi anda untuk tempoh yang lebih panjang.
Tekan butang KEEP-WARM/REHEAT sekali untuk memulakan fungsi simpan panas.
Nota: Lampu simpan panas/panas semula menyala berterusan.
16
Loading ...
Loading ...
Loading ...