Loading ...
Loading ...
Loading ...
3 Tuangkan beras yang sudah dibasuh ke dalam periuk dalam.
4 Tambahkan air sehingga aras yang ditunjukkan pada skala di dalam periuk, yang sepadan
dengan bilangan cawan beras yang digunakan. Kemudian ratakan permukaan beras. (Gamb. 3)
Contohnya, jika anda memasak 2 cawan beras, tambahkan air sehingga aras 2 cawan yang
ditunjukkan pada skala.
Nota: Aras yang ditandakan di dalam periuk dalam hanyalah panduan; anda boleh melaraskan aras air
dan kegemaran anda sendiri.
5 Tekan butang pelepas untuk membuka tudungnya.
6 Masukkan periuk dalam ke dalam periuk pemasak nasi. Periksa sama ada periuk dalam dan
plat pemanas besentuhan dengan baik pada satu sama lain (Gamb. 4).
Pastikan bahagian luar periuk dalam adalah kering dan bersih, dan tiada sisa asing pada plat pemanas
atau suis magnet.
Pemasak masi tidak akan beroperasi tanpa periuk dalam atau apabila periuk tidak bersentuhan
dengan elemen pemanasan dengan betul.
7 Tutup tudung periuk pemasak nasi, pasangkan plag di dalam soket dinding dan hidupkan
sesalur kuasa.
Anda akan terdengar bunyi klik.
8 Tekan butang COOK/QUICK (Gamb. 5).
, Lampu masak menyala dan proses masak bermula.
, Anda boleh beralih kepada masakan cepat dalam masa 5 minit yang pertama daripada proses
memasak dengan menekan butang COOK/QUICK dua kali.
, Paparan mengira detik dalam minit (10, 9, 8 dsb.) semasa 10 minit terakhir proses memasak.
, Apabila proses memasak telah selesai, anda akan mendengar bip. Lampu masak atau lampu
cepat akan padam dan lampu simpan panas/panas semula akan menyala untuk menunjukkan
bahawa periuk pemasak nasi telah beralih ke mod simpan panas secara automatik (Gamb. 6).
Jadual di bawah menunjukkan anggaran masa memasak bagi setiap fungsi. Masa memasak sebenar
berbeza-beza bergantung pada voltan, suhu bilik, kelembapan dan jumlah air yang digunakan.
Fungsi Anggaran masa memasak
(minit)
Anggaran masa sehingga siap
(minit)
Biasa 30-40 10
Cepat 20-30 10
Bubur nasi 30-240 tidak berkaitan
Panaskan semula 23 20
9 Buka tudung dan kacau nasi agar rata (Gamb. 7).
Untuk hasil terbaik, lakukan sebaik saja periuk pemasak nasi beralih ke mod simpan panas. Kemudian
tutup tudung dengan rapi. Mengacau nasi membolehkan stim keluar. Ini akan menjadikan nasi lebih
lembut.
10 Tekan butang OFF untuk membatalkan proses memasak, tetapan pratetap atau mod simpan
panas. Lampu masak akan mula berkelip (Gamb. 8).
Periuk pemasak nasi mempunyai memori sandaran yang menyimpan mod, fungsi dan tetapan yang
terakhir dipilih jika berlaku gangguan bekalan kuasa. Jika bekalan kuasa dipulihkan dalam masa 2 jam,
proses memasak yang telah diganggu akan diteruskan atau fungsi pemasa akan diaktifkan semula.
 15
Loading ...
Loading ...
Loading ...