Sharp FP-J50E-H 40m² Air Purifier

Operation Manual - Page 21

For FP-J50E-H.

PDF File Manual, 72 pages, Read Online | Download pdf file

FP-J50E-H photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
MS-3
MALAYSIA
AMARAN BERKAITAN OPERASI
Jangan halang salur masuk atau salur
keluar udara.
Jangan letak unit utama ini berdekatan
atau pada objek panas, seperti dapur
atau pemanas, ataupun yang boleh
terkena wap air.
Sentiasa kendalikan unit utama dalam
kedudukan menegak.
Jangan alihkan unit utama semasa ia
sedang beroperasi.
Apabila mengalihkan unit utama, gunakan
pemegang di bahagian belakang unit
utama.
Jika unit utama terletak di atas lantai
yang mudah rosak, permukaan lantai
yang tidak rata atau permaidani yang
tebal, angkat unit utama ini semasa
mengalihkannya.
Jangan gunakan unit utama jika penapis
tidak dipasang dengan betul.
Jangan cuci dan guna semula penapis
HEPA serta penapis Penyahbau.
Berbuat demikian tidak akan
meningkatkan prestasi penapis dan juga
boleh menyebabkan kejutan elektrik atau
kegagalan operasi.
Bersihkan bahagian luarnya dengan kain
lembut sahaja.
Jangan gunakan cecair yang mudah
meruap atau bahan pencuci.
Permukaan unit utama boleh rosak atau
merekah apabila menggunakan Benzena,
pencair cat atau serbuk penggilap. Selain
itu, ia boleh mengakibatkan penderia
rosak.
Jangan sental Panel Belakang dengan
kuat semasa menyelenggaranya.
GARIS PANDUAN PEMASANGAN
Elakkan lokasi yang boleh menyebabkan
penderia terdedah terus kepada angin.
Berbuat demikian boleh menyebabkan
unit utama rosak.
Elakkan lokasi yang boleh menyebabkan
perabot, kain atau objek lain terkena unit
utama dan mengganggu penyedutan dan
pengeluaran udara.
Elakkan lokasi yang boleh menyebabkan
unit utama terdedah kepada
pemeluwapan atau perubahan suhu yang
mendadak. Suhu bilik yang sesuai adalah
antara 0 – 35 °C.
Letakkan unit utama di atas permukaan
yang rata dan stabil dengan peredaran
udara yang mencukupi.
Apabila diletakkan di atas permaidani
yang tebal, unit utama mungkin akan
bergetar sedikit.
Elakkan lokasi yang mengeluarkan asap
yang bergris atau berminyak.
Berbuat demikian boleh menyebabkan
bahagian luar unit utama merekah dan
penderia rosak.
Keupayaan unit utama mengumpul habuk
berkesan apabila unit utama berada
hampir 3 cm dari dinding, sekitar dinding
dan lantai yang kotor. Sila letakkan unit
utama jauh dari dinding.
Dinding yang berada betul-betul di
belakang salur keluar udara lama-
kelamaan mungkin akan menjadi kotor.
Jika anda menggunakan unit utama
di tempat yang sama untuk tempoh
yang lama, bersihkan dinding yang
bersebelahan dengannya dari semasa ke
semasa.
GARIS PANDUAN PENAPIS
Ikuti arahan dalam manual ini untuk
penjagaan dan penyelenggaraan penapis
yang betul.
(halaman 8)
FP-J50_MS.indd 3 2020/08/31 11:13:25
Loading ...
Loading ...
Loading ...