Sharp FP-J50E-H 40m² Air Purifier

Operation Manual - Page 20

For FP-J50E-H.

PDF File Manual, 72 pages, Read Online | Download pdf file

FP-J50E-H photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
MS-2
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
Sentiasa ikuti langkah keselamatan asas
semasa menggunakan perkakas elektrik,
termasuk yang berikut:
AMARAN
– Sentiasa perhatikan
perkara yang berikut untuk mengurangkan
risiko kejutan elektrik, kebakaran atau
kecederaan:
Baca semua arahan sebelum
menggunakan unit utama ini.
Hanya gunakan salur keluar 220 - 240 volt.
Perkakas ini tidak direka untuk
digunakan oleh mereka (termasuk
kanak-kanak) yang cacat tubuh badan,
cacat deria atau mental, mahupun
mereka yang kurang berpengalaman
dan pengetahuan, kecuali jika mereka
diberikan penyeliaan atau arahan yang
betul tentang penggunaan perkakas
ini oleh orang yang bertanggungjawab
atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi
memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas ini.
Jika kord kuasa rosak, ia mesti
digantikan oleh pengilang, wakil
servis, Pusat Servis Sharp yang sah
atau individu yang berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya. Sila hubungi Pusat
Servis yang berdekatan bagi sebarang
masalah, pelarasan atau pembaikan.
Jangan baiki atau menanggalkan unit
utama dengan sendiri.
Pastikan anda menanggalkan
palam sebelum menjalankan
penyelenggaraan, apabila
menanggalkan, memasang dan
menggantikan penapis serta apabila
tidak menggunakannya untuk masa
yang lama. Kegagalan melakukan
sedemikian akan menyebabkan litar
pintas berlaku yang mengakibatkan
kejutan elektrik atau kebakaran.
Jangan gunakan unit utama ini jika kord
kuasa atau palamnya rosak atau jika
sambungan ke salur keluar dinding longgar.
Dari semasa ke semasa buang habuk
yang melekat pada palam.
Jangan masukkan jari atau objek asing ke
dalam salur masuk atau salur keluar udara.
Sentiasa pegang palam dan jangan
sesekali tarik kordnya apabila hendak
menanggalkan palam kuasa.
Kegagalan melakukan sedemikian akan
menyebabkan litar pintas berlaku yang
mengakibatkan kejutan elektrik atau
kebakaran.
Berhati-hati agar kord kuasa tidak rosak.
Jika tidak, boleh menyebabkan kejutan
elektrik, terlebih panas atau kebakaran.
Jangan tanggalkan palam dengan tangan
yang basah.
Jangan gunakan unit utama ini
berhampiran perkakas yang menggunakan
gas atau tempat berdiang. Apabila unit
utama beroperasi dengan peralatan gas
di dalam bilik yang sama, Alihkan udara
bilik secara tetap, jika tidak bilik mungkin
dicemari dengan Karbon monoksida.
Jangan kendalikan unit utama ini
di dalam bilik yang menggunakan
penyembur pembunuh serangga. Jangan
kendalikan unit utama ini di dalam bilik
yang udaranya berminyak, berbau asap,
terdapat nyalaan api daripada rokok yang
dinyalakan, atau wasap kimia di udara.
Pastikan unit utama jauh dari air.
Jangan kendalikan unit utama di tempat
yang basah seperti bilik mandi.
Jangan dedahkan unit utama kepada air.
Berbuat demikian boleh menyebabkan
litar pintas atau kejutan elektrik.
Sila berhati-hati semasa membersihkan unit
utama ini. Bahan pencuci yang kuat mengakis
boleh merosakkan bahagian luar unit.
NOTA
Apa harus dilakukan jika unit utama
mengganggu penerimaan radio atau TV
Jika pembersih udara mengganggu
penerimaan radio atau televisyen, cuba
salah satu daripada langkah-langkah berikut:
Laraskan atau ubah kedudukan antena
penerima.
Jauhkan unit utama dari radio atau TV.
Sambungkan peralatan ke dalam salur keluar
pada litar yang berbeza yang bersambung
dengan penerima radio atau TV.
Rujuk wakil penjual atau juruteknik radio
atau TV yang berkelayakan.
FP-J50_MS.indd 2 2020/08/31 11:13:25
Loading ...
Loading ...
Loading ...