Loading ...
Loading ...
Loading ...
1 Tekan tukup atas supaya anda boleh meletakkan pencukur ke
dalam pemegang ('klik') (Raj. 15).
2 Pegang pencukur di atas pemegang secara terbalik. Pastikan
bahagian hadapan pencukur menghadap ke sistem (Raj. 16)
SmartClean.
3 Letakkan pencukur di dalam pemegang (1), sendengkan pencukur
ke belakang (2) dan tekan tukup atas untuk menyambungkan
pencukur ('klik') (3) (Raj. 17).
Simbol bateri akan mula berkelip, menandakan pencukur sedang
dicas.
4 Tekan butang hidup/mati pada sistem SmartClean untuk
memulakan program (Raj. 47) pembersihan.
Semasa proses pembilasan, simbol pembilasan berkelip. Apabila
fasa membilas selesai (selepas lebih kurang 10 minit), simbol bilas
akan menyala secara berterusan.
Sistem SmartClean Plus sahaja: Selepas fasa bilas, fasa
pengeringan bermula secara automatik. Semasa fasa ini, simbol
pengeringan berkelip. Apabila fasa mengering selesai (selepas
lebih kurang 4 jam), simbol pengeringan akan menyala secara
berterusan (Raj. 48).
Apabila program pembersihan selesai, simbol sedia akan menyala
secara berterusan (Raj. 49).
30 minit selepas program pembersihan dan pengecasan selesai,
sistem SmartClean akan dimatikan secara automatik.
Simbol bateri akan menyala berterusan untuk menunjukkan
bahawa pencukur telah dicas (Raj. 49) sepenuhnya. Pengecasan
mengambil masa lebih kurang 1 jam.
5 Sistem SmartClean Basic sahaja: Untuk membiarkan pencukur
kering, anda boleh membiarkannya di dalam sistem SmartClean
sehingga pencukuran seterusnya. Anda juga boleh mengalih
keluar pencukur daripada sistem SmartClean, membuang lebihan
air, membuka unit pencukur dan membiarkan pencukur
dianginkan.
62
Bahasa Melayu
Loading ...
Loading ...
Loading ...