Loading ...
Loading ...
Loading ...
Catatan: Selepas menggantikan kepala pencukur, anda perlu
menetapkan semula peringatan penggantian dengan menekan
butang hidup/mati selama 7 saat.
Tanda seru
Pemanasan lampau
Jika perkakas menjadi terlampau panas semasa pengecasan, tanda
seru akan berkelip jingga (Raj. 12). Apabila ini berlaku, pencukur mati
secara automatik. Pengecasan akan diteruskan setelah suhu perkakas
telah dikurangkan kepada suhu biasa.
Kepala pencukur yang tersumbat
Jika kepala pencukur disekat, tanda seru akan bernyala jingga secara
berterusan (Raj. 13). Peringatan penggantian dan peringatan
pembersihan berkelip putih secara berselang-seli dan anda
mendengar bunyi. Dalam keadaan ini, motor tidak dapat berjalan
kerana kepala pencukur kotor atau rosak.
Jika kepala pencukur kotor, anda hendaklah membersihkannya. Jika
kepala pencukur rosak, anda perlu menggantikannya.
Pengecasan
Caskan pencukur sebelum anda menggunakannya buat pertama kali
dan apabila paparan menunjukkan bateri hampir kosong. Cas bateri
ditunjukkan oleh lampu penunjuk peratus pengecasan bateri pada
paparan.
Apabila anda sambungkan pencukur kepada soket dinding, anda
mendengar bunyi.
Pengecasan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Pencukur yang
dicas penuh mempunyai masa pencukuran sehingga kira-kira 50
minit.
Catatan: Anda tidak boleh menggunakan perkakas semasa ia sedang
dicas.
Mengecas dengan unit bekalan
1 Pastikan perkakas dimatikan.
55
Bahasa Melayu
Loading ...
Loading ...
Loading ...