Loading ...
Loading ...
Loading ...
- Perkakas ini sesuai untuk voltan sesalur kuasa antara 100 hingga
240 volt.
- Unit bekalan mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah dan
selamat tidak melebihi 24 volt.
Paparan
Catatan: Sebelum anda menggunakan perkakas pada kali pertama,
tanggalkan kerajang pelindung daripada paparan (Raj. 4).
Pengecasan
Pengecasan pantas: Apabila anda sambungkan pencukur ke soket
dinding, lampu penunjuk cas bateri akan terus menyala satu demi
satu secara berulang. Apabila pencukur mengandungi cukup tenaga
untuk satu cukuran, lampu bawah penunjuk cas bateri mula berkelip
dengan perlahan.
Semasa pencukur terus mengecas, lampu bawah pertama penunjuk
cas bateri bernyala dan kemudian menyala putih secara berterusan
(Raj. 5). Kemudian lampu kedua berkelip dan terus menyala dan
seterusnya sehingga pencukur dicas sepenuhnya.
Bateri telah dicas sepenuhnya
Apabila bateri telah dicas sepenuhnya, semua lampu penunjuk
pengecasan bateri akan menyala putih secara berterusan (Raj. 6).
Catatan: Perkakas ini hanya boleh digunakan tanpa kord. Apabila
anda tekan butang hidup/mati semasa atau selepas pengecasan,
anda akan mendengar bunyi yang menunjukkan pencukur masih
disambungkan ke soket dinding.
Catatan: Apabila bateri penuh, paparan akan dimatikan secara
automatik selepas 30 minit.
Bateri lemah
Apabila bateri hampir kosong, lampu bawah penunjuk cas bateri
berkelip jingga dan anda akan mendengar bunyi (Raj. 7).
Baki cas bateri
Baki cas bateri ditunjukkan oleh lampu penunjuk pengecasan bateri
yang menyala secara berterusan.
53
Bahasa Melayu
Loading ...
Loading ...
Loading ...