Loading ...
Loading ...
Loading ...
Maklumat keselamatan penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan aksesorinya dan simpan untuk rujukan pada masa
hadapan. Aksesori yang dibekalkan mungkin berbeza-beza untuk
berlainan produk.
Bahaya
- Pastikan unit bekalan sentiasa kering (Raj. 2).
Amaran
- Untuk mengecas bateri, hanya gunakan unit bekalan boleh
ditanggalkan (jenis HQ8505) yang disediakan dengan perkakas.
- Unit bekalan mengandungi pengubah. Jangan putuskan unit
bekalan untuk menggantikannya dengan palam lain, kerana ini
menyebabkan situasi berbahaya.
- Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun
dan ke atas dan orang yang kurang keupayaan fizikal, deria atau
mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka
diberi pengawasan dan arahan berkaitan penggunaan perkakas
secara selamat dan memahami bahaya yang mungkin berlaku.
Kanak-kanak tidak sepatutnya bermain dengan perkakas ini.
Pembersihan dan penyelenggaraan oleh pengguna tidak harus
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
- Setiap kali anda hendak membersihkan pencukur di bawah paip,
pastikan plagnya telah ditanggalkan.
- Pastikan anda memeriksa perkakas setiap kali sebelum anda
menggunakannya. Jangan gunakan perkakas jika rosak, kerana ini
boleh menyebabkan kecederaan. Bahagian yang rosak hendaklah
digantikan dengan jenis yang asli sahaja.
- Jangan buka alat tersebut untuk menggantikan bateri boleh cas
semula.
Awas
- Jangan sekali-kali rendam sistem pembersih ini atau dirian
pengecasan dalam air dan jangan bilasnya di bawah paip (Raj. 2).
- Jangan sekali-kali gunakan air yang lebih panas daripada 80°C
untuk membilas pencukur tersebut.
51
Bahasa Melayu
Loading ...
Loading ...
Loading ...