Loading ...
Loading ...
Loading ...
20
Penyeterikaan
1 Letakkan perkakas pada permukaan yang stabil dan rata.
Nota: Untuk memastikan penyeterikaan yang selamat, kami mengesyorkan anda sentiasa
meletakkan tapak pada papan seterika yang stabil, di atas meja atau di atas lantai.
2 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
3 Keluarkan hos bekalan air dari ruang penyimpanan.
4 Pasangkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding yang dibumikan dan tekan butang hidup/
mati untuk menghidupkan perkakas (Raj. 6). Tunggu sehingga lampu ‘seterika sedia’ menyala
berterusan (Raj. 7). Ini mengambil masa lebih kurang 2 minit.
5 Tekan butang pelepas kunci pembawa untuk melepaskan seterika dari platform seterika (Raj. 8).
6 Tekan dan tahan picu stim untuk memulakan penyeterikaan (Raj. 9).
Nota: Apabila anda memulakan sesi penyeterikaan anda dan khususnya semasa menggunakan
picu stim pada kali pertama, masa lebih daripada 30 saat mungkin diperlukan untuk stim keluar
dari perkakas.
Nota: Pam akan diaktifkan setiap kali anda menekan picu stim. Anda akan mendengar bunyi
berdetar yang perlahan. Apabila tiada air di dalam tangki air, bunyi pam akan menjadi lebih kuat.
7 Untuk hasil penyeterikaan terbaik, selepas menyeterika menggunakan stim, teruskan menyeterika
tanpa stim untuk beberapa kali.
Nota: Jika anda tidak melepaskan picu stim cukup awal dan tapak seterika diletakkan dalam
kedudukan menegak, anda mungkin mendapati stim masih keluar, ini perkara biasa. Untuk
mengelakkan kesan tersebut, kami mengesyorkan anda meletakkan seterika pada papan semasa
menyusun semula pakaian.
Amaran: Jangan sekali-kali menghalakan stim kepada sesiapa.
Fungsi mod MAX
Untuk mendapatkan stim yang lebih berkuasa, anda boleh menggunakan mod stim MAX, yang
selamat untuk semua jenis kain yang boleh diseterika.
Untuk jenis kain seperti kapas, seluar jean dan linen, anda dicadangkan untuk menggunakan mod stim
MAX.
1 Tekan dan tahan butang hidup/mati selama 2 saat hingga lampu bertukar putih.
2 Untuk menyahaktifkan mod MAX, tekan dan tahan butang hidup/mati selama 2 saat sehingga
lampu bertukar biru.
Fungsi penggalak stim
1 Tekan picu stim dua kali dengan cepat untuk mengeluarkan pancutan stim yang kuat selama 3 saat
(Raj. 10).
Nota: Anda disyorkan agar menggunakan fungsi penggalak stim untuk kedutan degil sahaja.
Penyeterikaan menegak
Amaran: Stim panas akan keluar dari seterika. Jangan cuba menghilangkan kedutan baju yang
sedang dipakai (Raj. 11). Jangan kenakan stim berdekatan tangan anda atau orang lain.
Anda boleh menggunakan seterika stim dalam keadaan menegak untuk menghilangkan kedutan baju
yang digantung.
1 Pegang seterika dalam kedudukan menegak, tekan picu stim dan sentuhkan plat tapak pada
pakaian dengan lembut sambil menggerakkannya ke atas dan bawah (Raj. 12).
Peletakan selamat
Meletakkan seterika pada tumitnya semasa anda meletakkan semula pakaian
Semasa meletak semula pakaian, anda boleh meletakkan seterika pada platform seterika atau secara
mendatar pada papan seterika (Raj. 13). Teknologi OptimalTEMP memastikan plat tapak tidak akan
merosakkan alas papan seterika.
Bahasa Melayu
Loading ...
Loading ...
Loading ...