Loading ...
Loading ...
Loading ...
19
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapat manfaat
sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di
www.philips.com/welcome.
Baca manual pengguna ini, risalah maklumat penting dan panduan permulaan ringkas dengan teliti
sebelum anda menggunakan perkakas. Simpan untuk rujukan masa hadapan.
Gambaran keseluruhan produk (Raj. 1)
1 Plat tapak
2 Lampu ‘seterika sedia’
3 Picu stim/Penggalak stim
4 Hos bekalan air
5 Platform seterika
6 Butang pelepas kunci pembawa
7 Tuil pelepas tangki air
8 Lubang isian
9 Tangki air boleh tanggal
10 Ruang penyimpanan hos bekalan air
11 Kord sesalur kuasa dengan palam
12 Bekas Sistem Pembersihan Kerak
13 Butang CALC-CLEAN dengan lampu
14 Butang hidup/mati dengan lampu kuasa hidup dan mati
Bersedia untuk menggunakan
Jenis air untuk digunakan
Perkakas ini telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip. Akan tetapi, jika anda tinggal
di kawasan yang mempunyai air liat, pembentukan kerak yang cepat mungkin akan berlaku. Oleh
hal yang demikian, anda disyorkan untuk menggunakan air suling atau air tanpa mineral (50% air
suling/air tanpa mineral dicampurkan dengan air boleh digunakan juga) untuk memanjangkan hayat
perkakas.
Amaran: Jangan gunakan air berwangian, air dari mesin pengering pakaian, cuka, kanji, agen
penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan, air yang dinyahkerak secara kimia atau bahan kimia
lain, kerana ini boleh menyebabkan air berdetus, kesan kotoran berwarna perang atau kerosakan
pada perkakas anda.
Mengisi tangki air
Isi tangki air sebelum setiap penggunaan atau apabila aras air di dalam tangki jatuh di bawah aras
minimum. Anda boleh mengisi semula tangki air pada bila-bila masa semasa menyeterika.
1 Tekan tuil di dalam pemegang tangki air dan tanggalkan tangki air dari tapak (Raj. 2).
2 Isi tangki air sehingga penunjuk MAX (Raj. 3).
3 Tolak tangki air kembali ke dalam perkakas sehingga dipasang ketat (‘klik’).
Menggunakan perkakas
Fabrik yang boleh diseterika
Jangan seterika fabrik yang tidak boleh diseterika.
- Fabrik dengan simbol ini (Raj. 4) boleh diseterika, seperti linen, kapas, poliester, sutera, wul, viskos
dan rayon.
- Fabrik dengan simbol ini (Raj. 5) tidak boleh diseterika. Fabrik ini termasuk fabrik sintetik seperti
Spandex atau elastan, fabrik campuran Spandex dan poliolen (seperti polipropilena). Cetakan
pada pakaian tidak boleh diseterika juga.
Bahasa Melayu
Loading ...
Loading ...
Loading ...