Philips HD4746/00 Rice Cooker

User Manual - Page 42

For HD4746/00.

PDF File Manual, 84 pages, Read Online | Download pdf file

HD4746/00 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
3 Untuk mengesahkan masa, jangan tekan sebarang kekunci selama 5 saat selepas menetapkan
masa. Masa telah disahkan apabila masa yang ditunjukkan pada paparan berhenti berkelip.

Cabutkan plag perkakas setiap kali sebelum anda mula membersihkannya.
Tunggu sehingga periuk pemasak nasi telah sejuk secukupnya sebelum membersihkannya.
Untuk melindungi salutan tidak lekat pada periuk, jangan:
- gunakan periuk dalam untuk membasuh pinggan;
- tuangkan cuka ke dalam periuk.
1 Angkat keluar dulang kukus dan periuk dalam dari perkakas.
2 Tanggalkan tukup bolong stim daripada tudung dengan menariknya ke atas (Gamb. 17).
- Untuk mengeluarkan tukup bolong stim, pintal dan pusingkan untuk membuka kuncii.
- Untuk memasang semula tukup bolong stim, jajarkan anak panah pada bahagian atas dan bawah
dan kemudian pusing untuk menguncinya (Gamb. 18).
- Untuk mengembalikan tukup bolong stim ke dalam lubang bolong pada tudung, masukkannya ke
dalam lubang dan tekannya ke bawah dengan kukuh.
3 Bersihkan periuk dalam, dulang kukus, senduk nasi dan tukup bolong stim dengan span atau
kain di dalam air panas dengan sedikit cecair pencuci.
Jangan gunakan agen pembersih yang melelas, kain penyental atau alatan logam untuk
membersihkan periuk dalam kerana ini akan merosakkan salutan tidak lekat.
4 Gunakan hanya kain yang lembap untuk mengesat bahagian dalam tudung dan bahagian luar
jasad utama periuk pemasak nasi.
Jangan sekali-kali tenggelamkan jasad periuk pemasak nasi di dalam air, atau membilasnya di bawah
pili air. Kesat plat pemanas dengan kain kering.


Ramuan:
- 3 cawan beras
- 1 liter air teh Oolong yang panas
1 Masukkan beras yang telah dibasuh ke dalam periuk dalam dan tambah air sehingga penunjuk
‘3 cups’ bagi nasi.
2 Tekan butang MENU untuk memilih mod memasak Pau Fan (lihat bahagian ‘Memasak pau
fan’).
3 Apabila pemasak nasi berbunyi bip untuk menunjukkan bahawa nasi telah sedia, kacau nasi
untuk meleraikannya dan tambah air teh Oolong.
4 Tekan butang COOK/REHEAT untuk meneruskan proses memasak pau fan.
5 Hidangkan nasi bersama hidangan sampingan.

- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat
pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan sedemikian anda akan membantu
memelihara alam sekitar (Gamb. 19).
42
Loading ...
Loading ...
Loading ...