Philips HD4746/00 Rice Cooker

User Manual - Page 38

For HD4746/00.

PDF File Manual, 84 pages, Read Online | Download pdf file

HD4746/00 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
Fungsi Anggaran masa memasak
(minit)
Masa kira detik sehingga siap
(minit)
Biasa 40-50 10
Cepat 30-40 10
Jumlah kecil 40-50 10
Stim* 10-60 Tidak berkaitan
Sup* 30-240 Tidak berkaitan
Bubur* 30-240 Tidak berkaitan
Panaskan semula 23 Tidak berkaitan
Pau fan 35-70 Tidak berkaitan
Nota: * Untuk melihat masa kira detik, tekan butang COOKING TIME.
10 Buka tudung dan kacau nasi agar rata (Gamb. 9).
Untuk hasil terbaik, lakukan sebaik saja periuk pemasak nasi beralih ke mod simpan panas. Kemudian
tutup tudung dengan rapi. Mengacau nasi membolehkan stim keluar. Ini akan menjadikan nasi lebih
lembut.
11 Tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali untuk membatalkan proses memasak, tetapan pratetap
atau mod simpan panas. Lampu masak/panas semula akan mula berkelip (Gamb. 10).
Periuk pemasak nasi mempunyai memori sandaran yang menyimpan mod, fungsi dan tetapan yang
terakhir dipilih sekiranya berlaku kegagalan kuasa. Prose memasak atau fungsi pemasa akan
disambung semula dalam masa 2 jam selepas bekalan kuasa dipulihkan.
Sentiasa tekan butang KEEP WARM/OFF sekali sebelum mencabut plag periuk pemasak nasi, jika
tidak mod, fungsi dan tetapan yang terakhir dipilih akan disambung semula apabila plag periuk
pemasak nasi dipasang semula.
12 Cabut plag periuk pemasak nasi untuk mematikkannya.

1 Ikut langkah 1 hingga 7 dalam bahagian ‘Memasak nasi’.
Jangan melebihi isipadu yang ditunjukkan dalam jadual untuk memasak bubur nasi, kerana ini boleh
menyebabkan periuk pemasak nasi membuak.
2 Tekan butang MENU untuk memilih mod memasak bubur nasi (Gamb. 6).
3 Tekan butang MASA MEMASAK untuk menetapkan masa memasak yang dikehendaki.
, Masa memasak lalai selama 1 jam dipaparkan.
, Tekan butang HR dan/atau MIN untuk menetapkan masa memasak yang dikehendaki. Anda
boleh menetapkan sebarang masa antara 30 minit dan 4 jam (Gamb. 11).
, Jika anda gagal untuk menetapkan masa memasak, masa memasak lalai selama 1 jam akan
digunakan.
4 Tekan turun tuil kawalan untuk memulakan proses memasak bubur nasi. (Gamb. 12)
, Lampu masak menyala dan proses pengukusan bermula (Gamb. 13).
, Apabila proses memasak bermula, paparan akan menukar masa yang dipratetap kepada masa
semasa.
Untuk melihat masa memasak yang dipratetap, tekan butang MASA MEMASAK.
, Apabila proses memasak telah selesai, lampu masak akan padam dan lampu simpan panas akan
menyala untuk menunjukkan bahawa periuk pemasak nasi telah beralih ke mod simpan panas
secara automatik.
38
Loading ...
Loading ...
Loading ...