Loading ...
Loading ...
Loading ...
25
Bahasa Melayu
Pembersihan dan penyelenggaraan
Menyahkerak perkakas
Anda perlu menggunakan fungsi EASY DECALC sebaik sahaja lampu ‘EASY DECALC’ mula berkelip
(Raj. 15).
Lampu ‘EASY DECALC’ akan berkelip selepas kira-kira sebulan atau 10 sesi penyeterikaan untuk
menandakan perkakas perlu dinyahkerak. Lakukan prosedur EASY DECALC sebelum menyambung
semula penyeterikaan.
Nota: Jika air anda sangat liat, tingkatkan kekerapan penyahkerakan.
Amaran: Untuk mengelakkan risiko kelecuran, cabut palam perkakas dan biarkan
perkakas menjadi sejuk selama sekurang-kurangnya dua jam sebelum melakukan
prosedur EASY DECALC (Raj. 16).
1 Keluarkan palam dari soket dinding.
2 Keluarkan tangki air boleh tanggal (Raj. 2).
3 Keluarkan seterika dari platform seterika.
4 Pegang dan goncang tapak penjana stim (Raj. 17).
5 Keluarkan tombol EASY DECALC (Raj. 18).
6 Pegang tapak penjana stim di atas sinki dan buang air melalui bukaan EASY DECALC (Raj. 19).
Nota: Berhati-hati dengan berat perkakas apabila anda mencondongkannya.
7 Masukkan tombol EASY DECALC sekali lagi dan putar mengikut arah jam untuk mengetatkannya
(Raj. 20).
8 Ada boleh menggunakan seterika anda dengan serta-merta selepas melengkapkan prosedur EASY
DECALC.
Menyahkerak plat tapak
Jika anda tidak menyahkerak perkakas anda dengan kerap, anda mungkin melihat kotoran perang
keluar dari plat tapak disebabkan oleh partikel kerak. Nyahkerak tapak plat dengan mengikut langkah
di bawah. Kami mencadangkan agar anda melakukan langkah ini dua kali untuk mendapatkan hasil
yang lebih baik.
1 Pastikan perkakas sejuk dan bersihkan plat tapak dengan kain lembap.
2 Keluarkan tangki air dan seterika dari platform seterika.
3 Keluarkan tombol EASY DECALC dan buang air melalui bukaan EASY DECALC.
4 Pegang perkakas dengan bukaan EASY DECALC menghadap ke atas dan tuangkan 500ml air ke
dalam bukaan (Raj. 21).
Nota: Berhati-hati dengan berat perkakas apabila anda mencondongkannya.
5 Pastikan bukaan EASY DECALC menghadap ke atas, pasang semula tombol EASY DECALC dan
putar mengikut arah jam untuk mengetatkannya (Raj. 22).
6 Letakkan perkakas kembali pada permukaan yang stabil dan rata. Isikan separuh tangki air.
Hidupkan perkakas dan tunggu selama 5 minit.
7 Pastikan picu stim ditekan secara berterusan semasa anda menyeterika beberapa helai kain tebal
dalam gerakan ke hadapan dan ke belakang selama 3 minit (Raj. 23).
Amaran: Air panas yang kotor (kira-kira 100-150 ml) akan keluar dari plat tapak.
8 Berhenti membersihkannya apabila tiada lagi air keluar dari plat tapak atau apabila stim mula
keluar dari plat tapak.
9 Anda boleh menggunakan perkakas dengan serta-merta. Jika tidak, cabut palam perkakas selepas
proses penyahkerakan selesai.
Loading ...
Loading ...
Loading ...