Loading ...
Loading ...
Loading ...
24
Bahasa Melayu
Fungsi penggalak stim
Fungsi pancutan stim direka bentuk untuk membantu anda menangani kedutan yang degil.
- Tekan picu stim dua kali dengan cepat untuk mengaktifkan fungsi penggalak stim. Perkakas akan
melepaskan 3 pancutan stim yang kuat.
- Untuk menghentikan fungsi penggalak stim, tekan picu stim sekali.
Penyeterikaan menegak
Amaran: Stim panas akan keluar dari seterika. Jangan cuba menghilangkan kedutan
baju yang sedang dipakai (Raj. 12). Jangan kenakan stim berdekatan tangan anda atau
orang lain.
Anda boleh menggunakan seterika stim dalam keadaan menegak untuk menghilangkan kedutan baju
yang digantung.
1 Pegang seterika dalam kedudukan menegak, tekan picu stim dan sentuhkan plat tapak pada
pakaian dengan lembut sambil menggerakkannya ke atas dan bawah (Raj. 13).
Peletakan selamat
Meletakkan seterika pada tumitnya semasa anda meletakkan semula pakaian
Semasa meletak semula pakaian, anda boleh meletakkan seterika pada platform seterika atau secara
mendatar pada papan seterika (Raj. 6). Teknologi OptimalTEMP memastikan plat tapak tidak akan
merosakkan alas papan seterika.
Jimat tenaga
Mod ECO
Dengan mod ECO (pengurangan jumlah stim), anda boleh menjimatkan tenaga tanpa mengurangkan
hasil penyeterikaan.
1 Untuk mengaktifkan mod ECO, tekan butang ECO (Raj. 14). Lampu ECO berwarna hijau akan
bernyala.
2 Untuk menyahaktifkan mod ECO, tekan butang ECO sekali lagi. Lampu ECO berwarna hijau akan
mati.
Pematian Automatik
- Untuk menjimatkan kuasa, perkakas akan dimatikan secara automatik jika tidak digunakan selama
10 minit. Lampu pematian automatik pada butang hidup/mati akan mula berkelip.
- Untuk mengaktifkan perkakas sekali lagi, tekan butang hidup/mati. Perkakas akan menjadi panas
sekali lagi.
Amaran: Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila disambungkan pada sesalur
kuasa. Cabut palam perkakas setiap kali selepas digunakan.
Loading ...
Loading ...
Loading ...