Philips GC7330/02 Pressurised Steam Generator

User Manual - Page 38

For GC7330/02.

PDF File Manual, 92 pages, Read Online | Download pdf file

GC7330/02 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
Soalan Jawapan
Mengapakah kotoran
habuk terkeluar dari
seterika semasa
menyeterika?
Kotoran atau kimia yang ada di dalam air mungkin telah termasuk di
dalam tangki air dan/atau tapak plat. Bersihkan tapak plat dan bilasy tangki
stimnya (lihat bab ‘Membersih dan menyelenggara’).
Mengapakah titisan air
keluar dari tapak plat?
Tombol suhu mungkin ditetapkan pada suhu yang terlalu rendah untuk
menyeterika dengan stim. Pilih suhu seterika yang sesuai untuk
menyeterika dengan stim (tetapan suhu 2 hingga MAX).
Anda mungkin telah menggunakan fungsi pancutan stim semasa anda
mula menyeterika. Stimkan seterika dahulu buat seketika sebelum anda
menggunakan fungsi pancutan stim. Ia perkara biasa apabila sedikit titisan
air keluar dari seterika sesekali.
Anda mungkin telah meletakkan tangki stim pada permukaan yang tidak
stabil dan/atau tidak rata. Letakkan tangki stim pada permukaan yang
stabil dan rata.
Apabila anda mula menyeretika dengan stim, hosnya sejuk. Stim
memeluwap di dalam hos, yang menyebabkan titisan air keluar dari tapak
plat. Ini perkara biasa. Pegang seterika di atas kain buruk dan tekan
pengaktif stim. Kain menyerap titisannya. Selepas beberapa saat
penghasilan stim menjadi biasa.
Mengapakah tapak plat
menjadi kotor?
Kotoran atau kimia yang ada di dalam air mungkin terkumpul pada tapak
plat. Bersihkan tapak plat dengan kain lembap.
Anda boleh menyeterika pada suhu yang amat tinggi. Bersihkan tapak plat
dengan kain lembap. Pilih suhu menyeterika yang disyorkan.
Mengapakah stim
keluar dari
lubang Pembersihan
Kerak semasa
menyeterika?
Anda mungkin belum mengetatkan tukup bilas Pembersihan Kerak
dengan betul. Matikan perkakas dan biarkannya sejuk dahulu. Pertama
keluarkan cangkuk penyimpanan kord dan kemudian tanggalkan tukup
bilas Pembersihan Kerak. Kesat air di sekeliling lubang. Kemudian pasang
semula tukup bilas Pembersihan Kerak dan cangkuk penyimpanan kord
sekali lagi. Kemudian hidupkan semula perkakas.
Menyeterika dengan stim:
Soalan Jawapan
Mengapakah seterika
tidak menghasilkan
sebarang stim?
Perkakas mungkin tidak dihidupkan. Hidupkan perkakas.
Tangki stim mungkin tidak cukup panas untuk menghasilkan stim. Tunggu
selama kira-kira 2 minit bagi tangki stim menjadi panas. GC7330/
GC7240/GC7230 sahaja: lampu stim berhenti berkelip dan terus
menyala apabila air di dalam tangki stim cukup panas untuk menyeterika
dengan stim.
BAHASA MELAYU38
Loading ...
Loading ...
Loading ...