Loading ...
Loading ...
Loading ...
31
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Sistem seterika bertekanan yang berkuasa menghasilkan stim tanpa henti, yang membantu anda
menyelesaikan tugas menyeterika dengan lebih cepat. Syukurlah dengan tangki airnya yang
besar bersama bukaan isian ekstra besar, anda kini boleh menyeterika tanpa gangguan dan mengisi
semula tangki air dengan segera apabila ia kosong.
Kami harap anda akan menikmati menggunakan sistem seterika ini.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Hos bekalan
B Pemegang sentuh lembut (GC7240 sahaja)
C Tombol suhu
D Lampu suhu
E Pengaktif & kunci stim
- E1 Pengaktif stim
- E2 Kunci stim
F Butang pancutan stim (GC7240 sahaja)
G Plat tapak
H Kunci penyimpanan selamat (GC7240 sahaja)
I Tudung corong isian
J Corong isian
K Dirian seterika
L Tangki air
M Tangki stim
N Suis hidup/mati (GC7320/GC7220 sahaja)
O Butang hidup/mati dengan lampu kuasa (GC7330/GC7240/GC7230 sahaja)
P Lampu ‘tangki air kosong’ (GC7330/GC7240/GC7230 sahaja)
Q Pemilih tetapan stim (GC7330/GC7240/GC7230 sahaja)
R Lampu stim (GC7330/GC7240/GC7230 sahaja)
S Kord sesalur kuasa
T Tukup bilas Pembersihan Kerak
U Cangkuk penyimpanan kord
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan sekali-kali tenggelamkan seterika atau tangki stim di dalam air.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur tempatan anda.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa, hos bekalan atau perkakas itu sendiri
menunjukkan kerosakan yang nyata, atau jika perkakas telah terjatuh atau bocor.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau
pihak yang berkelayakan serupa bagi mengelakkan bahaya.
- Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila ia bersambung dengan sesalur kuasa.
BAHASA MELAYU
Loading ...
Loading ...
Loading ...