Loading ...
Loading ...
Loading ...
BAHASA MELAYU
38
Menggunakan perkakas
Nota: Seterika mungkin mengeluarkan sedikit asap apabila anda menggunakannya
buat kali pertama. Ini akan berhenti selepas beberapa saat.
Jenis air untuk digunakan
Perkakas ini telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip. Akan tetapi, jika anda
tinggal di kawasan yang mempunyai air liat, pembentukan kerak yang cepat mungkin
akan berlaku. Oleh sebab itu, anda disyorkan untuk menggunakan air suling atau air
tanpa mineral untuk memanjangkan hayat perkakas.
Jangan gunakan air berwangian, air dari mesin pengering pakaian, cuka, kanji, agen
penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan, air yang dinyahkerak secara kimia atau
bahan kimia lain, kerana ini boleh menyebabkan air berdetus, kesan kotoran perang
atau kerosakan pada perkakas anda.
Fabrik yang boleh diseterika
1 Semak sama ada pakaian boleh diseterika pada label pakaian (Raj. 1-3).
Jangan seterika fabrik yang tidak boleh diseterika. Cetakan pada pakaian tidak boleh
diseterika juga.
Tetapan stim
1 Untuk menukar tetapan stim, condongkan seterika ke atas (kira-kira 20 darjah lebih)
dan tekan butang stim pada bahagian atas pemegang (Raj. 1-5)
Nota: Semua tetapan stim dilengkapi dengan teknologi OptimalTEMP dan selamat
untuk digunakan pada semua kain yang boleh diseterika.
-
( tetapan) (Raj. 1-6): didayakan oleh sensor , jumlah stim yang sesuai
dihasilkan secara automatik apabila diperlukan sewaktu seterika anda digerakkan.
Stim akan berhenti apabila seterika anda tidak digerakkan atau diletakkan dalam
kedudukan menegak.
Anda digalakkan untuk menggunakan tetapan untuk memudahkan penyeterikaan
semua pakaian.
-
(tetapan MAX) (Raj. 1-7): stim berterusan yang maksimum akan dikeluarkan
secara berterusan untuk kedutan degil. Untuk mendapatkan hasil terbaik bagi kain
keras seperti kapas, seluar jean dan linen, gunakan tetapan MAX Stim akan berhenti
apabila seterika diletakkan dalam kedudukan menegak.
-
(tetapan ECO) (jenis tertentu sahaja) (Raj. 1-8): stim berterusan yang minimum
akan dikeluarkan secara berterusan untuk pakaian dengan sedikit kedutan. Tetapan
ini turut menjimatkan tenaga. Stim akan berhenti apabila seterika diletakkan dalam
kedudukan menegak
-
(tetapan ionik) (jenis tertentu sahaja) (Raj. 1-9): letusan stim ionik kuat dan
mendalam terhasil untuk penyeterikaan yang lebih bersih.
-
(tetapan matikan stim) (Raj. 1-10): pilih tetapan ini untuk menyeterika tanpa stim.
Petua: Dalam mana-mana tetapan, anda boleh menekan butang stim sewaktu
penyeterikaan untuk mengeluarkan lebih banyak stim.
Loading ...
Loading ...
Loading ...