Loading ...
Loading ...
Loading ...
37
BAHASA MELAYU
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapatkan
manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk
anda di www.philips.com/welcome.
Baca manual pengguna ini dan risalah maklumat penting dengan teliti sebelum
menggunakan perkakas anda. Simpan untuk rujukan masa hadapan.
Gambaran Keseluruhan Produk
1 Tudung tangki air
2 Panel paparan
3 Butang stim
4 Lampu peringatan Pembersihan Kerak / Pelepas Kerak Pantas
5 Picu penggalak stim
6 Kord sesalur kuasa
7 Menggulung kord
8 Butang Pembersihan Kerak (jenis tertentu sahaja)
9 Plat tapak
10 Pelepas Kerak Pantas (jenis tertentu sahaja)
Teknologi eksklusif daripada Philips
Teknologi OptimalTEMP
Teknologi OptimalTEMP membolehkan anda menyeterika pelbagai jenis fabrik yang
boleh diseterika, dengan apa jua cara, tanpa perlu melaraskan suhu atau tetapan stim.
Selamat untuk meletakkan plat tapak yang panas pada papan seterika dan bukan pada
platform seterika. Ini dapat membantu anda mengurangkan tekanan pada pergelangan
tangan.
Seterika ini telah diluluskan oleh syarikat The Woolmark Company Pty Ltd untuk
menyeterika produk wul tulen dengan syarat pakaian itu diseterika mengikut panduan
pada label pakaian dan yang telah dikeluarkan oleh pengeluar seterika ini. R0000.
Simbol Woolmark merupakan tanda pensijilan di kebanyakan negara.
sensor
Perkakas ini menggunakan sensor tercanggih yang mengesan pergerakan
seterika anda dengan tepat dan mengeluarkan stim secara pintar untuk mendapatkan
hasil terbaik. Sensor yang canggih ini mengetahui cara pergerakan seterika
anda dengan tepat dan apabila seterika tidak digerakkan. Tukar kepada mod
untuk mendapatkan jumlah stim yang secukupnya apabila anda perlu menghilangkan
kedutan pada baju dengan lebih pantas.
Pam stim turbo
Kami menambahkan pam stim turbo di dalam perkakas ini untuk menggalakkan
sehingga 50% lebih stim yang menembusi kain supaya kedutan dapat dihilangkan
dengan pantas.
Loading ...
Loading ...
Loading ...