Loading ...
Loading ...
Loading ...
5 Tekan pencetus stim untuk memulakan penyeterikaan stim.
Apabila anda meletakkan seterika semasa menyeterika, letakkannya pada
tumitnya atau pada dirian seterika.
, Pembukaan dan penutupan injap stim di dalam penjana stim akan
menyebabkan bunyi klik. Ini adalah perkara biasa.
Fungsi kunci stim
Kunci stim membolehkan anda menyeterika menggunakan stim tanpa henti
tanpa perlu menekan pengaktif stim secara berterusan.
- Apabila anda meluncurkan pengunci stim ke hadapan, seterika akan
mengeluarkan stim secara berterusan. Untuk menghentikan stim,
luncurkan pengunci stim ke belakang.
- Apabila pengunci stim dinyahaktifkan, seterika hanya mengeluarkan stim
apabila anda menekan pencetus stim.
Nota: Lepaskan pengunci stim apabila anda meletakkan seterika pada
tumitnya atau pada dirian seterika. Ini menghalang stim panas daripada
keluar daripada seterika atau daripada membasahi dirian seterika.
Stim secara menegak
Jangan halakan stim kepada orang.
1 Pegang seterika secara menegak dan tekan pencetus stim untuk
menyeterika langsir dan pakaian lain yang tergantung dengan
menggunakan stim (jaket, sut, kot).
Butang pancutan stim (GC8325/GC8320/GC8261/GC8260/
GC8225/GC8220 sahaja)
Pancutan stim yang kuat menolong melicinkan kedut yang degil.
1 Tetapkan tombol suhu ke kedudukan antara 3 dan MAX.
2 Tekan butang pancutan stim.
Nota: Fungsi pancutan stim mesti digunakan secara bersela. Jika titisan air
keluar dari plat tapak, biarkan seterika memanas selama sekurang-kurangnya
satu minit sebelum anda menggunakan fungsi pancutan stim sekali lagi.
Penyeterikaan tanpa stim
Terdapat satu atau dua cara untuk menyeterika tanpa stim:
- Semua jenis: Mula menyeterika tanpa menekan pencetus stim.
BAHASA MELAYU 47
Loading ...
Loading ...
Loading ...