Loading ...
Loading ...
Loading ...
1 Tanggalkan tangki air boleh tanggal dari penjana stim.
2 Isikan tangki air dengan air paip sehingga paras MAX.
Nota: Jika air paip di kawasan anda amat sadah, kami menasihatkan supaya
anda mencampurkannya dengan jumlah air suling yang sama banyak.
3 Luncurkan kembali tangki air pada penjana stim (‘klik’).
Nota: Jika tangki air tidak diletakkan dengan betul, seterika tidak akan
menghasilkan sebarang stim.
Lampu isi semula tangki air (GC8325/GC8320/GC8261/
GC8260/GC8225/GC8220 sahaja)
Apabila tangki air kosong, lampu isi semula tangki air mula berkelip dan
menyeterika dengan stim tidak lagi boleh dibuat.
1 Keluarkan tangki air dan isi air ke dalamnya.
2 Letakkan kembali tangki air ke dalam penjana stim.
, Seterika kini sedia untuk penyeterikaan stim semula.
Menetapkan suhu
1 Periksa label penjagaan pakaian pada pakaian yang hendak diseterika
untuk menentukan suhu penyeterikaan yang dikehendaki.
- 1 untuk kain sintetik ( contohnya akril, viskosa, poliamida) dan sutera
- 2 untuk benang bulu
- 3 untuk kapas
- MAX untuk linen
2 Untuk menetapkan suhu seterika yang dikehendaki, putar tombol
suhu ke kedudukan yang sesuai.
3 Memasang palam wayar di soket dinding yang dibumikan.
4 Hidupkan suis perkakas.
- GC8325/GC8320/GC8261/GC8260/GC8225/GC8220 sahaja: Tekan
butang hidup/mati sekali.
, Lampu kuasa hidup pada butang hidup/mati menyala.
, Lampu suhu pada seterika menyala. Apabila seterika telah mencapai
suhu yang ditetapkan, lampu suhu padam.
Nota: Semasa menyeterika, lampu suhu menyala dari semasa ke semasa. Ini
menandakan bahawa seterika sedang dipanaskan ke suhu yang ditetapkan.
, Lampu stim mula berkelip. Setelah lebih kurang 2 minit, lampu stim
menyala berterusan untuk menandakan bahawa penjana stim sedia
untuk penyeterikaan stim.
- GC8210 sahaja: Tetapkan suis hidup/mati pada ‘hidup’.
, Lampu kuasa hidup dalam suis hidup/mati menyala.
, Lampu suhu pada seterika menyala. Apabila seterika telah mencapai
suhu yang ditetapkan, lampu suhu padam.
Nota: Semasa menyeterika, lampu suhu menyala dari semasa ke semasa. Ini
menandakan bahawa seterika sedang dipanaskan ke suhu yang ditetapkan.
, Setelah lebih kurang 2 minit, penjana stim sedia untuk penyeterikaan
stim.
On
On
BAHASA MELAYU 45
Loading ...
Loading ...
Loading ...