Loading ...
Loading ...
Loading ...
Bahaya
- Jangan sekali-kali menenggelamkan seterika atau penjana stim di dalam
air.
Amaran:
- Periksa sama ada voltan yang ditandakan di atas plat jenis sepadan
dengan voltan sesalur kuasa setempat sebelum anda menyambungkan
perkakas.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa, hos bekalan
atau perkakasnya sendiri menunjukkan kerosakan yang nyata, atau jika
perkakas telah terjatuh atau bocor.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis
yang dibenarkan oleh Philips atau pihak yang telah diluluskan bagi
mengelakkan bahaya.
- Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila ia bersambung dengan
sesalur kuasa.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau
diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas ini.
- Jangan biarkan kord sesalur kuasa dan hos bekalan bersentuhan
dengan plat tapak seterika yang panas.
- Jika stim keluar dari bawah tukup bilas Pembersihan Kerak semasa
perkakas menjadi panas, matikan perkakas dan ketatkan tukup bilas
Pembersihan Kerak. Jika stim terus keluar semasa perkakas menjadi
panas, matikan perkakas dan hubungi pusat servis yang diluluskan oleh
Philips
- Jangan sekali-kali tanggalkan tukup bilas Pembersihan Kerak apabila
penjana stim panas.
- Jangan gunakan tukup lain pada penjana stim selain daripada tukup bilas
Pembersihan Kerak yang telah dibekalkan bersama perkakas ini, kerana
tukup ini juga berfungsi sebagai injap keselamatan.
Awas
- Sambungkan perkakas hanya ke soket dinding yang terbumi.
- Periksa kord dan hos bekalan dengan kerap untuk mencari apa-apa
kerosakan.
- Sentiasa letak dan gunakan seterika dan penjana stim pada permukaan
yang stabil, rata dan mendatar.
- Bahagian plat tapak seterika boleh menjadi amat panas dan mungkin
menyebabkan kelecuran jika tersentuh.
- Selepas anda selesai menyeterika, semasa anda membersihkan perkakas,
semasa anda mengisi atau mengosongkan tangki air dan juga semasa
anda membiarkan seterika walaupun sebentar: letakkan seterika pada
tempat letaknya, matikan perkakas dan cabutkan plag sesalur dari soket
dinding.
- Bilas penjana stim dengan tetap menurut arahan dalam bab ‘Membersih
dan menyelenggara’.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
BAHASA MELAYU 43
Loading ...
Loading ...
Loading ...