Philips HR1369/00 Hand Blender

User Manual - Page 53

For HR1369/00.

PDF File Manual, 128 pages, Read Online | Download pdf file

HR1369/00 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
- Jika mata pisau itu terlekat, keluarkan bar pengisar daripada unit
motor sebelum anda mengeluarkan bahan yang menyekat mata pisau
tersebut.
- Jangan gunakan unit pisau pencincang tanpa mangkuk pencincang.
- Jangan hidupkan perkakas semasa anda memasang atau menanggalkan
aksesori.
- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada palam penyesuai
sepadan dengan voltan sesalur tempatan sebelum anda
menyambungkan perkakas.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi
atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
- Jangan benarkan kanak-kanak menggunakan pengisar tangan tanpa
pengawasan.
- Hanya gunakan perkakas untuk tujuan yang dimaksudkan untuk
mengelak daripada kecederaan yang mungkin berlaku.
- Jangan gunakan perkakas jika penyesuai, kord sesalur, pengecas atau
perkakas itu sendiri rosak.
- Plag penyesuai mengandungi transformer. Jangan potong plag
penyesuai untuk menggantikannya dengan plag yang lain kerana
ini akan menimbulkan situasi berbahaya.
- Jika palam penyesuai atau pengecas rosak, sentiasa gantikan dengan
jenis yang tulen bagi mengelakkan bahaya.
- Jauhkan unit motor, pengecas dan penyesuai daripada haba, kebakaran,
kelembapan dan habuk.
Awas
- Hanya gunakan penyesuai dan pengecas yang disediakan.
- Cas, simpan dan gunakan perkakas pada suhu di antara 5°C dan
35°C.
- Jangan melebihi kuantiti dan masa pemprosesan yang ditunjukkan
dalam jadual.
BAHASA MELAYU 53
Loading ...
Loading ...
Loading ...