Loading ...
Loading ...
Loading ...
3 Pasangkan plag sesalur kuasa di dalam soket dinding terbumi dan tetapkan suis hidup/mati ke
‘I’.
, Tangki stim dan plat tapak mula menjadi panas.
, Apabila lampu suhu padam, seterika telah mencapai suhu yang ditetapkan. Sebaik sahaja air
dalam tangki stim sedia untuk penyeterikaan stim:
- GC6540: lampu ‘stim sedia’ akan menyala.
- GC6530/GC6520/GC6515/GC6510: lampu kuasa hidup dalam suis hidup/mati akan padam.
Nota: Semasa penyeterikaan stim, lampu suhu menyala dari masa ke semasa. Ini menandakan bahawa
seterika semakin panas hingga ke suhu yang ditetapkan.
Nota: Jika anda telah menyeterika pada suhu yang tinggi dan kemudian menetapkan tombol suhu ke
tetapan yang lebih rendah, tunggu sehingga lampu suhu menyala dan padam semula sebelum anda
terus menyeterika. Ini mengelakkan kerosakan pada kain anda.
Petua
- Jika fabrik mengandungi pelbagai jenis gentian yang berbeza, anda hendaklah memilih suhu yang
diperlukan oleh gentian yang paling halus, iaitu suhu yang paling rendah. Contohnya: jika suatu
pakaian itu terdiri daripada 60% poliester dan 40% kapas, ia hendaklah diseterika pada suhu yang
dinyatakan untuk poliester ( 1) dan tanpa stim.
- Apabila anda menyeterika kain wul, tompok-tompok berkilau akan berlaku. Untuk mengelakkan
perkara ini, gunakan kain tekan kering atau pusingkan bahagian dalam pakaian keluar dan
seterika bahagian seterika bahagian belakangnya.
- Seterika kain baldu dan lain-lain kain yang cenderung memperoleh tompok-tompok
berkilau dalam satu arah sahaja (bersama dengan nep) sambil anda memberi tekanan yang amat
sedikit.
- Jangan gunakan stim semasa anda menyeterika sutera berwarna. Ini boleh menyebabkan kesan
kotor.
Menggunakan perkakas
Penyeterikaan stim
1 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
2 Tetapkan suhu penyeterikaan yang diperlukan (lihat bab ‘Bersedia untuk menggunakannya’).
Nota: Penyeterikaan stim hanya boleh dilakukan pada suhu seterika yang lebih tinggi (tetapan suhu 2
hingga MAX).
3 Pasangkan plag sesalur kuasa di dalam soket dinding terbumi dan tetapkan suis hidup/mati ke
‘I’.
- Lampu kuasa hidup dalam suis hidup/mati dan lampu suhu pada seterika menyala untuk
menunjukkan bahawa tangki stim dan seterika mula memanas.
4 GC6540: Pilih tetapan stim yang sesuai untuk suhu penyeterikaan yang dipilih: (Gamb. 7)
- Pilih tetapan stim ECO bagi tetapan suhu 2.
- Pilih tetapan stim antara ECO dan ; bagi tetapan suhu 3 hingga MAX.
5 Tangki stim dan plat tapak mula menjadi panas.
- Permulaan sejuk: plat tapak mengambil masa kira-kira 2 minit untuk menjadi panas dan tangki
stim mengambil masa kira-kira 6 minit untuk menjadi panas.
- Pemanasan semula cepat: jika anda mengisi semula tangki stim semasa proses penyeterikaan, air
di dalam tangki stim mengambil masa kira-kira 6 minit untuk menjadi panas.
, Apabila seterika telah mencapai suhu yang ditetapkan, lampu suhu padam.
, Sebaik sahaja air dalam tangki stim sedia untuk penyeterikaan stim:
- GC6540: lampu ‘stim sedia’ akan menyala (Gamb. 8).
BAHASA MELAYU 33
Loading ...
Loading ...
Loading ...