Loading ...
Loading ...
Loading ...
30
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat
sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di
www.philips.com/welcome.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Hos bekalan
B Tombol suhu
C Lampu suhu
D Kunci stim
E Butang pancutan stim (GC6540)
F Pencetus stim
G Tukup tangki stim
H Dirian seterika
I Tangki stim
J Plat tapak
K Kord sesalur kuasa
L Suis hidup/mati dengan lampu kuasa hidup
M Lampu ‘Stim sedia’ (GC6540 sahaja)
N Lampu ‘Tangki stim kosong’ (GC6540 sahaja)
O Gelangsar kunci seterika (GC6540/GC6530 sahaja)
P Kawalan stim (GC6540 sahaja)
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan sekali-kali tenggelamkan seterika atau tangki stim di dalam air.
Amaran
- Periksa sama ada voltan yang ditandakan di atas plat jenis sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa, hos bekalan atau perkakas itu sendiri
menunjukkan kerosakan yang nyata, atau jika perkakas telah terjatuh atau bocor.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau
pihak yang berkelayakan serupa bagi mengelakkan bahaya.
- Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila ia bersambung dengan sesalur kuasa.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
- Jangan biarkan kord sesalur kuasa dan hos bekalan bersentuhan dengan plat tapak seterika yang
panas.
- Jika stim keluar dari bawah tukup tangki stim semasa perkakas menjadi panas, matikan
perkakas dan ketatkan tukup tangki stim. Jika stim terus keluar semasa perkakas menjadi panas,
matikan perkakas dan hubungi pusat servis yang dibenarkan oleh Philips.
- Jangan keluarkan tukup tangki stim dari tangki stim apabila tangki stim masih di bawah tekanan.
- Jangan gunakan tukup lain pada tangki stim selain daripada yang telah dibekalkan bersama
perkakas ini, kerana tukup ini juga berfungsi sebagai injap keselamatan.
BAHASA MELAYU
Loading ...
Loading ...
Loading ...