Loading ...
Loading ...
Loading ...
32
BAHASA MELAYU
2 Letakkan perkakas di tepi meja kerja.
3 Pegang cawan (dengan kapasiti sekurang-kurangnya 350ml) di bawah tombol EASY DE-CALC dan putarkan
tombol melawan arah jam (Raj. 14).
4 Tanggalkan tombol EASY DE-CALC dan biarkan air bersama-sama zarah kerak mengalir ke dalam cawan (Raj. 15).
5 Apabila tiada lagi air yang keluar dari perkakas, pasang semula tombol EASY DE-CALC dan putarkan mengikut
arah jam untuk mengetatkannya (Raj. 16).
6 Anda boleh menggunakan seterika anda dengan serta-merta selepas melengkapkan prosedur EASY DE-CALC.
PENTING – Menanggalkan kerak plat tapak
Jika anda tidak menggunakan fungsi EASY DE-CALC dengan kerap, zarah kerak akan terbentuk dalam plat tapak dan
kotoran perang akan keluar dari plat tapak semasa menyeterika. Dalam keadaan ini, anda perlu membuang kerak plat
tapak dengan mengikut prosedur di bawah. Kami menasihatkan agar anda mengulangi prosedur ini dua kali untuk
pembersihan plat tapak yang lebih baik.
Untuk mengelakkan risiko kelecuran, tanggalkan plag perkakas dan biarkan perkakas menjadi sejuk selama
sekurang-kurangnya dua jam sebelum menyahkerak plat tapak.
1 Keluarkan plag dari soket dinding (Raj. 13).
2 Letakkan perkakas di tepi meja kerja.
3 Pastikan tangki air kosong.
4 Pegang cawan (dengan kapasiti sekurang-kurangnya 350ml) di bawah tombol EASY DE-CALC dan putarkan
tombol melawan arah jam (Raj. 14).
5 Tanggalkan tombol EASY DE-CALC dan biarkan air bersama-sama zarah kerak mengalir ke dalam cawan (Raj. 15).
6 Pegang perkakas dalam kedudukan bukaan EASY DE-CALC menghadap ke atas dan tuangkan 900ml air suling
ke dalam bukaan (Raj. 17).
Nota: Berhati-hati dengan berat perkakas apabila anda mencondongkannya.
7 Pastikan bukaan EASY DE-CALC menghadap ke atas, pasang semula tombol EASY DE-CALC dan putarkan
mengikut arah jam untuk mengetatkannya (Raj. 18).
8 Letakkan perkakas pada permukaan yang stabil dan rata. Pasang plag perkakas dan hidupkannya (Raj. 19).
9 Tunggu 5 minit untuk perkakas menjadi panas.
10 Pastikan picu stim ditekan secara berterusan apabila anda meluncurkan seterika pada kain tebal selama 3 minit
(Raj. 20).
Amaran: air panas yang kotor keluar dari plat tapak.
11 Berhenti meluncurkan seterika apabila tiada lagi air yang keluar atau apabila stim mula keluar.
12 Anda boleh menggunakan perkakas dengan serta-merta. Jika tidak, tanggalkan plag perkakas selepas proses
nyahkerak selesai.
Penyelesai Masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dengan perkakas. Jika anda tidak dapat
menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, lawati www.philips.com/support untuk mendapatkan senarai
soalan lazim atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Loading ...
Loading ...
Loading ...