Loading ...
Loading ...
Loading ...
29
BAHASA MELAYU
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada
sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Baca risalah maklumat penting yang berasingan dan manual pengguna sebelum menggunakan perkakas ini. Simpan
kedua-dua dokumen untuk rujukan masa hadapan.
Gambaran keseluruhan produk (Raj. 1)
1 Hos bekalan stim
2 Platform seterika
3 Ruang penyimpanan hos bekalan pertama
4 Kord sesalur kuasa dengan plag
5 Butang ECO dengan lampu
6 Butang hidup/mati dengan lampu dan tetapan MAX
7 Lampu ‘tangki air kosong’
8 Lampu EASY DE-CALC
9 Tombol EASY DE-CALC
10 Petak simpanan kord
11 Ruang penyimpanan hos bekalan kedua
12 Tangki air boleh tanggal
13 Kunci bawa
14 Butang pelepas kunci pembawa
15 Plat tapak
16 Pencetus stim
17 Lampu ‘seterika sedia
18 Butang stim automatik pintar dengan lampu
19 Lubang isian
Bersedia untuk menggunakan
Jenis air untuk digunakan
Perkakas ini telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip. Akan tetapi, jika anda tinggal di kawasan yang
mempunyai air liat, pembentukan kerak yang cepat mungkin akan berlaku. Oleh hal yang demikian, anda disyorkan
untuk menggunakan air suling atau air tanpa mineral (50% air suling/air tanpa mineral dicampurkan dengan air boleh
digunakan juga) untuk memanjangkan hayat perkakas.
Jangan gunakan air berwangian, air dari mesin pengering pakaian, cuka, kanji, agen penyahkerak, bahan bantu
penyeterikaan, air dinyahkerak secara kimia atau bahan kimia lain, kerana ini boleh menyebabkan air berdetus, kesan
kotoran berwarna perang atau kerosakan pada perkakas anda.
Mengisi tangki air
Isi tangki air sebelum setiap penggunaan atau apabila lampu ‘tangki air kosong’ berkelip. Anda boleh mengisi semula
tangki air pada bila-bila masa semasa menyeterika.
1 Keluarkan tangki air dari perkakas dan isikan air sehingga penanda MAX.
2 Masukkan tangki air ke dalam perkakas semula dengan memuatkan bahagian bawah ke dalam perkakas dahulu.
3 Tolak bahagian atas tangki air sehingga berdetap (‘klik’).
Loading ...
Loading ...
Loading ...