Loading ...
Loading ...
Loading ...
31
BAHASA MELAYU
Fungsi pancutan stim
Fungsi pancutan stim direka bentuk untuk membantu anda menangani kedutan yang degil.
- Tekan picu stim dua kali dengan cepat untuk mengaktifkan fungsi penggalak stim. Perkakas akan melepaskan 3
pancutan stim yang kuat (Raj. 8).
Penyeterikaan menegak
Stim panas keluar dari seterika. Jangan cuba menghilangkan kedutan baju yang sedang dipakai. Jangan kenakan stim
berdekatan tangan anda atau orang lain.
Anda boleh menggunakan seterika dalam keadaan menegak untuk menyingkirkan kedutan daripada baju yang
digantung.
1 Pegang seterika dalam kedudukan menegak, tekan picu stim dan sentuhkan plat tapak pada pakaian dengan
lembut (Raj. 9).
Nota: mod stim automatik pintar tidak tersedia untuk penyeterikaan menegak untuk keselamatan anda.
Tetapan ECO
Dengan tetapan ECO (stim dikurangkan), anda boleh menjimatkan tenaga tanpa menjejaskan hasil penyeterikaan.
- Tekan butang ECO. Lampu ECO berwarna hijau akan menyala (Raj. 10).
- Untuk menyahaktifkan tetapan ECO, tekan butang ECO sekali lagi. Lampu ECO berwarna hijau akan mati.
Tetapan MAX
Untuk menyeterika lebih cepat dan dengan jumlah stim yang lebih tinggi, anda boleh menggunakan tetapan MAX.
1 Tekan dan tahan butang hidup/mati selama 2 saat hingga lampu bertukar putih (Raj. 11).
2 Untuk menyahaktifkan tetapan MAX, tekan dan tahan butang hidup/mati selama 2 saat sehingga lampu bertukar
biru
Pematian auto
- Perkakas ini akan beralih kepada mod siap sedia jika tidak digunakan selama 10 minit. Lampu pada butang hidup/
mati akan mula berkelip (Raj. 12).
- Untuk mengaktifkan perkakas sekali lagi, tekan butang hidup/mati. Perkakas mula menjadi panas sekali lagi.
- Perkakas akan dimatikan secara automatik jika tidak digunakan selama 10 minit lagi selepas beralih kepada mod
siap sedia. Lampu pada butang hidup/mati akan mati.
PENTING - EASY DE-CALC
Anda perlu menggunakan fungsi EASY DE-CALC sebaik sahaja lampu EASY DE-CALC mula berkelip dan perkakas
mengeluarkan bunyi bip secara berterusan.
Lampu EASY DE-CALC akan berkelip dan perkakas akan mengeluarkan bunyi bip secara berterusan selepas kira-kira
sebulan atau 10 sesi penyeterikaan untuk menandakan bahawa perkakas perlu dinyahkerak. Lakukan prosedur EASY
DE-CALC sebelum menyambung semula penyeterikaan.
Untuk mengelakkan risiko kelecuran, tanggalkan plag perkakas dan biarkan perkakas menjadi sejuk selama
sekurang-kurangnya dua jam sebelum melakukan prosedur EASY DE-CALC.
1 Keluarkan plag dari soket dinding (Raj. 13).
Loading ...
Loading ...
Loading ...