Loading ...
Loading ...
Loading ...
56
Menjaga mangkuk tidak lekat
Untuk mangkuk masakan, ikut langkah-langkah di bawah
dengan betul:
Apabila meletakkan mangkuk di dalam mesin pencuci
pinggan, berhati-hati supaya tidak merosakkan lapisan tidak
lekat.
Untuk mengekalkan kualiti saduran seramik mangkuk
selama yang mungkin, adalah disarankan agar tidak
memotong makanan di dalam mangkuk.
Pastikan anda meletakkan kembali mangkuk ke dalam periuk
nasi.
Gunakan alatan memasak plastik atau kayu dan bukan yang
diperbuat daripada keluli apabila mengacau atau
menghidang makanan untuk mengelakkan permukaan
mangkuk daripada sebarang kerosakan –
Fig.16.
Untuk mengelakkan mangkuk daripada berkarat, jangan
masukkan cuka ke dalamnya.
Warna permukaan mangkuk mungkin berubah selepas
penggunaan kali pertama atau selepas digunakan untuk
satu jangkamasa tertentu. Perubahan warna ini adalah
disebabkan oleh tindakbalas di antara wap dan air dan tidak
akan mengakibatkan sebarang kesan terhadap penggunaan
periuk nasi dan tidak membahayakan kesihatan. Ia masih
selamat untuk digunakan.
Mencuci injap tekanan mikro
Apabila mencuci injap tekanan mikro, sila alihkan daripada
penutup –
Fig.17 dan buka dengan memutarnya ke arah
“buka” –
Fig.18a. Selepas mencuci, sila keringkannya dan
cantumkan kedua-dua segitiga bersama –
Fig.18b, dan
putarkan ke arah “tutup” sehingga bunyi “ka” kedengaran
kemudian letakkan ia kembali ke dalam penutup periuk nasi.
Mencuci dan menjaga
bahagian-bahagian lain peralatan
Tanggalkan plag peralatan sebelum mencuci.
Cuci bahagian luar periuk nasi, bahagian dalam penutup
Fig.19 dan wayar dengan kain lembap dan keringkan.
Jangan gunakan produk yang kesat.
Jangan gunakan air untuk mencuci bahagian dalam
peralatan kerana ia mungkin mengakibatkan kerosakan
kepada sensor haba.
FuzzyLogic_NC00112494_Mise en page 1 27/03/12 08:47 Page56
Loading ...