Widex CALL-DEX Mobile Phone Streamer

USER INSTRUCTIONS - Page 387

For CALL-DEX.

PDF File Manual, 426 pages, Read Online | Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
385
PERHATIAN: Jika anda menggunakan telefon untuk berbual lebih daripada
3 jam sehari, kami syorkan untuk menukar bateri sekali seminggu.
Jika anda menggunakannya kurang daripada 3 jam sehari, kami syorkan
untuk menukar bateri sekali setiap minggu yang kedua.
AMARAN
Jangan sesekali tinggalkan bateri yang sudah habis dalam
peranti. Bateri yang sudah habis mungkin akan terbocor dan
merosakkan alat bantu pendengaran.
Jangan gunakan bateri jika terdapat sisa pelekat dari tab
atau bahan lain yang tidak dikehendaki, kerana ini boleh
menyebabkan alat bantu pendengaran rosak.
CARA MENGGUNAKAN – Lihat ilustrasi 3 dan 4
Sambungkan palam picu pada telefon mudah alih anda seperti yang
ditunjukkan.
Pastikan peranti diletakkan dalam kedudukan supaya ia mengarah
dengan sisi telefon anda. Peranti kini sudah sedia untuk digunakan.
Apabila membuat panggilan telefon, pegang telefon anda dekat dengan
telinga anda seperti yang anda selalu lakukan.
PERHATIAN: Kami syorkan anda menetapkan nada dering telefon mudah
alih anda kepada maksimum.
PERHATIAN: Jika telefon mudah alih anda menggunakan Near Field
Communication (NFC), kami syorkan anda mematikan ciri ini.
PENYENGGARAAN
Bersihkan dengan kain kering. Jangan gunakan bahan-bahan kimia.
Jangan dedahkan kepada suhu yang melampau atau kelembapan yang
tinggi.
Jangan rendamkan dalam cecair.
Apabila peranti tidak digunakan, simpan ia di kawasan kering yang jauh
dari jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Keluarkan bateri jika alat bantu pendengaran tidak akan digunakan untuk
beberapa hari.
Jangan cuba untuk membuka atau membaiki sendiri peranti anda. Ia
hanya boleh dilakukan oleh kakitangan yang dibenarkan.
Loading ...
Loading ...
Loading ...