Loading ...
Loading ...
Loading ...
Untuk mengelakkan kerosakan bahagian atau litar
dalaman peranti anda, jangan gunakannya dalam
keadaan yang berdebu, berasap, lembap, atau kotor
atau berdekatan dengan medan magnetik.
Apabila mengecas peranti, pastikan penyesuai kuasa
dipalam masuk ke soket yang berhampiran dengan
peranti dan adalah mudah diambil.
Cabut palam pengecas dari salur keluar elektrik dan
peranti semasa tidak digunakan.
Jangan gunakan, simpan, atau hantar peranti ke
tempat bahan mudah bakar atau letupan disimpan
(dalam stesen minyak, loji kimia dll). Penggunaan
peranti anda di tempat-tempat ini menambah risiko
berlakunya letupan atau kebakaran.
Buang peranti, bateri, dan aksesori ini dengan
mengikut peraturan tempatan. Alat-alat tersebut tidak
sepatutnya dibuang seperti sampah rumah tangga
biasa. Penggunaan bateri yang tidak betul boleh
menyebabkan berlakunya kebakaran, letupan, atau
kemalangan yang lain.
Peranti ini mengandungi bateri terbina dalam. Jangan
cuba menggantikan bateri sendiri. Jika tidak, peranti
mungkin tidak berjalan dengan normal atau bateri
mungkin dirosakkan. Untuk keselamatan peribadi
anda dan untuk memastikan bahawa peranti anda
berjalan dengan normal, anda amat disyorkan untuk
menghubungi pusat servis yang dibenarkan Huawei
untuk membuat gantian.
Maklumat pembuangan dan kitar semula
Simbol tong sampah yang beroda dan dipalang pada
produk, bateri, risalah dan pakej produk mengingatkan
bahawa semua produk elektronik dan bateri yang tamat
jangka hayat mestilah dihantar ke pusat pengumpulan
sampah yang berlainan; alat-alat tersebut tidak boleh
dibuang bersama sampah rumah tangga biasa.
Pengguna bertanggungjawab membuang kelengkapan
tersebut melalui pusat atau perkhidmatan pengumpulan
yang dikhususkan untuk mengitar semula sisa
kelengkapan elektrik dan elektronik (WEEE) dan bateri
mengikut undang-undang tempatan.
30
Loading ...
Loading ...
Loading ...