Loading ...
Loading ...
Loading ...
48
MAL
1. Arahan keselamatan
Sentiasa periksa dahulu tapis pemarut (D) sebelum mengguna.
- Jangan sekali-kali menggunakan alat pengempar jika tapis ini pecah, Jangan sekali-kali
guna alat pemerah jika tapis ini pecah, rosak atau jika retak atau retak halus kelihatan atau
jika tapis ini koyak. Jika keadaan ini berlaku, hubungi Pusat Perkhidmatan Bertauliah atau
peruncit anda. Berhati-hati apabila menggunakan tapis ini (risiko mata pisau tajam).
• Berhati-hati menggunakan tapis pemarut (D) ini, gigi dan mata pisau di tengah-tengah sangat
tajam. Untuk membersihkan tapis pemarut, gunakan berus yang disediakan bersama produk.
Untuk keselamatan anda, alat ini telah mematuhi segala piawai dan peraturan yang dikenakan.
• Pastikan voltan bekalan yang ditunjukkan pada label keterangan di bawah alat ini adalah
betul-betul sesuai dengan sistem elektrik anda. Sebarang kesilapan sambungan akan
membatalkan jaminan ini.
Jangan letak atau guna alat ini di atas plat panas atau berdekatan dengan nyala api (dapur gas).
• Jangan rendam unit motor atau letak di bawah curahan air.
• Jika kabel bekalan rosak, ia harus diganti oleh pembuat, perkhidmatan lepas jualannya atau
seorang bertauliah sedemikian untuk mengelakkan daripada bahaya.
• Sentiasa guna produk ini di atas permukaan yang rata, stabil, tahan panas, jauh daripada
percikan air. Jangan terbalikkannya.
• Jangan sekali-kali membuka-buka alat ini. Alat pemerah ini tidak memerlukan penyenggaraan
anda kecuali pembersihan biasa.
• Cabut palam alat pengempar ini :
- Jika ada masalah semasa penggunaannya,
- Sebelum setiap pemasangan, penanggalan atau pembersihan.
• Jangan sekali-kali mencabut palam alat ini dengan menarik kord bekalan kuasa.
• Guna kord pemanjang hanya selepas memastikan keadaannya adalah sempurna.
• Perkakas elektrik domestik tidak harus diguna :
- Jika ia telah jatuh ke lantai,
- Jika ia rosak atau tidak lengkap.
• Jika ini berlaku atau untuk semua pembaikan lain ANDA HARUS menghubungi Pusat
Perkhidmatan Bertauliah.
• Produk ini telah direka bentuk untuk kegunaan domestik sahaja. Pengeluar tidak akan
bertanggungjawab dan jaminan tidak akan diberikan terhadap sebarang kegunaan komersial,
tidak wajar atau kegagalan mematuhi arahan penggunaan.
• Alat ini tidak direka bentuk untuk kegunaan orang (termasuk kanak-kanak) yang cacat
anggota, keupayaan deria atau mental atau orang yang tidak ada pengalaman atau
pengetahuan tentang alat ini, kecuali mereka telah terlebih dahulu diawasi atau diarahkan
oleh orang yang bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka.
• Kanak-kanak kecil hendaklah diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan alat
ini.
• Guna hanya aksesori atau komponen asal sahaja. Kami tidak akan bertanggungjawab jika ini
tidak dilakukan.
• Jangan sekali-kali memasukkan jari atau benda-benda lain ke dalam tiub suapan semasa alat
ini sedang berjalan. Sentiasa guna rod penekan yang disediakan untuk tujuan ini.
• Jangan sekali-kali membuka penutup (C) sebelum tapis (D) betul-betul berhenti.
• Jangan keluarkan pemungut pulpa (K) semasa alat sedang berjalan.
• Sentiasa cabut palam alat ini selepas penggunaan.
Loading ...
Loading ...
Loading ...