Panasonic NR-YW590YMMM Refrigerator

User Manual - Page 7

For NR-YW590YMMM.

PDF File Manual, 108 pages, Read Online | Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
Suhu Ruang Segar Terbaik boleh diubah daripada
4 °C ~ -5 °C**.
-
Suhu -1 °C ~ -5 °C: Suhu beku lembut untuk
pengawetan makanan, yang membantu menjimatkan
masa dan usaha dalam mencair beku makanan, sambil
mengekalkan rasa dan kesegarannya lebih lama.
-
Suhu 4 °C ~ 0 °C: Sama seperti suhu Ruang Peti
Sejuk apabila anda inginkan lebih banyak ruang untuk
penyimpanan makanan di dalam Ruang Peti Sejuk.
Ruang Segar Terbaik berkapasiti besar 61 L membantu menyimpan lebih banyak
makanan dan selesa untuk bahan makanan bersaiz besar.
Ruang Segar Terbaik menjadikannya lebih mudah untuk ditanggalkan dan dibersihkan,
membantu mengelakkan pencampuran bau yang tidak menyenangkan atau jangkitan silang.
Menjimatkan tenaga kerana anda boleh menggunakan Ruang Segar Terbaik tanpa
membuka seluruh Ruang Peti Sejuk.
*
Tetapan suhu lalai Ruang Segar Terbaik ialah -3 °C.
** Bergantung pada jenis makanan, seperti ketulan besar daging atau ikan besar, keadaan
penyimpanan dan suhu ambien, prestasi penyejukan mungkin terjejas. Dalam kes ini,
suhu Ruang Segar Terbaik hendaklah ditetapkan pada suhu terenda -5 °C.
Pembeku Terbaik (Prime Freeze)
Bekukan makanan segar atau yang disediakan
dengan cepat mengikut kepada setiap mod, sambil
mengekalkan rasa segarnya.
Bekas Pembeku Terbaik (Prime Freeze) termasuk
mod-mod berikut:
Penyejukan (Cool Down) dalam 3 minit dan
5 minit
Penyejukan Pantas (Quick Cooling) dalam
10 minit dan 15 minit
Pembekuan Pantas (Rapid Freezing) dalam 45
minit dan 60 minit.
Bergantung kepada tujuan pemprosesan makanan
dan jenis makanan, adalah mungkin untuk memilih
dan menggunakan mod yang berbeza.
Dispenser air luaran
Ini membolehkan pengguna mendapatkan air sejuk
tanpa membuka pintu peti sejuk.
Tangki air berkapasiti besar 3 Liter diperbuat
daripada bahan antibakteria bebas BPA dengan
penapis antibakteria yang selamat untuk kesihatan.
Ruang Segar Terbaik (Prime Fresh) dan mod Segar Terbaik+ (Prime Fresh+)
7
Loading ...
Loading ...
Loading ...