Loading ...
Loading ...
Loading ...
Aksesori
Untuk mengekalkan prestasi terbaik pencukur anda, pastikan anda
membersihkannya dengan tetap dan mengganti kepala pencukurnya pada
masa yang disyorkan.
Kepala pencukur
- Kami menasihatkan anda agar mengganti kepala pencukur anda setiap
dua tahun. Pastikan anda menggantinya dengan Kepala Pencukur Philips
HQ8 atau HQ9 (PT919 sahaja) setiap kali
Pembersihan
- Gunakan Pembersih semburan (HQ110) untuk membersihkan kepala
pencukur dengan menyeluruh.
Alam sekitar
- Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir
hayatnya, sebaliknya serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar
semula. Dengan berbuat demikian, anda membantu memelihara alam
sekitar.
- Bateri pencukur boleh cas semula terbina dalam mengandungi bahan
yang boleh mencemarkan alam sekitar. Pastikan anda mengeluarkan
bateri sebelum membuang atau menyerahkan pencukur di pusat
pungutan rasmi. Buang bateri ini di pusat pungutan rasmi bagi bateri. Jika
anda menghadapi masalah untuk mengeluarkan bateri, anda juga boleh
membawa perkakas ini ke pusat servis Philips. Kakitangan pusat ini akan
mengeluarkan bateri ini untuk anda dan akan membuangnya dengan
cara yang selamat bagi alam sekitar.
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Hanya keluarkan bateri cas semula apabila anda membuang pencukur.
Pastikan bateri cas semula tersebut benar-benar kosong semasa anda
mengeluarkannya.
1 Putuskan sambungan pencukur daripada sesalur kuasa.
2 Biarkan perkakas berjalan sehingga ia berhenti.
3 Buka skru di bahagian belakang pencukur dan di dalam ruang rambut.
4 Alihkan panel depan dan belakang.
5 Bengkokkan 6 cangkuk ke tepi dan keluarkan unit kuasa.
Berhati-hati, cangkuk tersebut adalah tajam.
BAHASA MELAYU46
Loading ...
Loading ...
Loading ...