Loading ...
Loading ...
Loading ...
Awas
- Jangan sekali-kali merendam pencukur di dalam air.
- Jangan gunakan pencukur di dalam tab mandi atau di bawah pancuran.
- Jangan sekali-kali gunakan air yang lebih panas daripada 80°C untuk
membilas pencukur tersebut.
- Berhati-hati apabila menggunakan air panas. Anda hendaklah setiap kali
memeriksa bahawa air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada melecur.
- Pencukur ini tidak kalis mesin basuh pinggan.
- Air mungkin bocor keluar daripada soket di bahagian bawah pencukur
ketika anda membilasnya. Ini adalah normal dan tidak merbahaya kerana
semua bahagian elektronik dilindungi di dalam unit kuasa yang kedap di
dalam pencukur.
- Jangan gunakan pencukur, penyesuai atau mana-mana bahagian jika
ia rosak, kerana ini akan menyebabkan kecederaan. Anda hendaklah
setiap kali mengganti penyesuai, pengecas atau bahagian yang rosak
dengan jenis yang asli.
- Guna, cas dan simpan perkakas pada suhu antara 10°C dan 35°C.
- Anda hendaklah memastikan bahawa pencukur diletakkan dan
digunakan di atas permukaan yang tahan cecair.
- Hanya gunakan penyesuai, pengecas dan aksesori yang dibekalkan.
- Pasang tukup pelindung pada pencukur untuk menghalang kerosakan
dan mengelakkan dari kotoran terkumpul di dalam kepala pencukur.
Pematuhan standard
- Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan
dengan pendedahan kepada medan elektromagnet (EMF) dan boleh
dibersihkan dengan selamat di bawah paip air.
Am
- Perkakas dilengkapi dengan pemilih voltan automatik dan ia sesuai
dengan voltan sesalur kuasa yang berbagai antara 100 hingga 240 volt.
- Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah dan selamat
tidak melebihi 24 volt.
Pengecasan
PT919/PT866/PT860: Pencukur memerlukan lebih kurang 1 jam untuk dicas
sepenuhnya.
PT845/PT739/PT737/PT731/PT730//PT727/PT726/PT725/PT721/PT720:
Pencukur memerlukan lebih kurang 8 jam untuk dicas sepenuhnya.
Apabila anda mengecas pencukur pada kali pertama atau selepas
sekian lama tidak menggunakannya, biarkan ia dicas sehingga lampu
pengecasan menyala berterusan.
Pencukur yang bercas penuh memberi hingga 50 (PT919/PT866/
PT860) atau hingga 45 minit pencukuran (PT845/PT739/PT737/PT731/
PT730//PT727/PT726/PT725/PT721/PT720).
Masa mencukur mungkin kurang daripada 50 (PT919/PT866/PT860) atau
45 minit pencukuran (PT845/PT739/PT737/PT731/PT730//PT727/PT726/
PT725/PT721/PT720) bergantung pada cara anda mencukur, cara anda
membersihkannya atau jenis janggut anda.
BAHASA MELAYU38
Loading ...
Loading ...
Loading ...