Loading ...
Loading ...
Loading ...


Jangan sekali-kali tenggelamkan tangki stim di dalam air.
Jangan buka tukup tangki stim semasa seterika dan tangki stim masih panas.
1 Tanggalkan plag sesalur kuasa dari soket dinding.
2 Buka skru tukup tangki stim dengan perlahan-lahan (Gamb. 6).
Anda akan terdengar suatu bunyi semasa anda menanggalkan tukupnya. Bunyi ini disebabkan oleh
vakum atau tekanan baki di dalam tangki air dan ia adalah perkara biasa.
3 Tuang air ke dalam tangki stim (maks. 800ml) (Gamb. 7).
Gunakan air paip untuk mengisi tangki.
Jika air paip di kawasan anda amat liat, kami menasihati anda untuk menggunakan 50% air suling dan
50% air paip.
Jangan masukkan minyak wangi, cuka, kanji, agen penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan atau
bahan kimia lain ke dalam tangki air.
4 Tutup rapat tukup tangki stim pada bukaan tangki stim.

Jika tangki stim menjadi kosong semasa menyeterika, ikut prosedur di bawah untuk segera mengisi
semula tangki stim.
1 Pastikan plag perkakas dipasang ke sesalur kuasa dan pastikan suis hidup/mati ditetapkan pada
‘I’ (Gamb. 8).
2 Tekan pencetus stim sehingga anda tidak lagi mendengar sebarang stim keluar dari
perkakas (Gamb. 9).
3 Untuk menyahtekan tangki stim, biarkan pencetus stim ditekan dan dengan perlahan-lahan
buka tukup tangki stim mengikut arah lawan jam.
Letak sehelai kain di atas tukup apabila anda telah membukanya. Pastikan tiada lagi stim yang
tertinggal dalam tangki stim.
4 Cabut plag sesalur kuasa dari soket dinding dan tunggu lebih kurang 15 minit sehingga
perkakas menjadi sejuk.
5 Isi tangki stim seperti yang dijelaskan dalam bahagian ‘Mengisi tangki stim’ dan biarkan
perkakas menjadi panas lagi.

Sentiasa letak tangki stim pada permukaan yang stabil, rata dan mendatar. Jangan letak tangki stim
pada bahagian lembut papan seterika.
1 Letakkan seterika pada dirian seterika.
Jangan letak seterika yang panas di atas hos bekalan atau di atas kord sesalur kuasa. Pastikan kord
tidak bersentuhan dengan plat tapak seterika yang panas.
2 Untuk menetapkan suhu seterika yang dikehendaki, putar tombol suhu ke kedudukan yang
sesuai (Gamb. 10).
Periksa label penjagaan pada kain untuk mengetahui suhu penyeterikaan yang diperlukan:
32
Loading ...
Loading ...
Loading ...