Loading ...
Loading ...
Loading ...
25
MS
AMARAN: Mata pisau pemotong adalah amat tajam, kendalikannya secara berhati-hati semasa
mengguna, mencuci atau mengosongkan mangkuk.
Pastikan semua pembungkus telah dibuang sebelum menggunakan peralatan.
Penting: Pastikan unit motor telah berhenti sepenuhnya, dengan butang (B) dan (C)
dilepaskan sebelum memasang pemasang pengisar atau aksesori pada unit motor.
Jangan menggunakan peralatan jika penutup (D6) yang dilengkapi dengan pengedap (D5) tidak
diletakkan pada mangkuk yang dipasang.
Pastikan pengedap dipasang dan diletakkan dengan betul pada unit mata pisau (D1):
lipatan pengedap patut boleh dilihat apabila ia dipasang dan pengedap sepatutnya rata, ia
tidak sepatutnya dikancingkan (gambarajah1).
Dengan butang “klik” (D2) unit mata pisau (D1) mengadap anda, letakkan dasar mangkuk (D4)
pada alur (D3) (gambarajah2) dan kemudian pusing unit mata pisau (D1) ke arah mangkuk
(gambarajah2b) sehingga ia terkunci, tekan bahagian atas butang klik (D2) bagi memastikan
mangkuk (D4) dan unit mata pisau (D1) telah dipasang dengan betul (gambarajah 2c).
Masukkan ramuan ke dalam mangkuk tanpa melebihi paras maksimum
yang 0.6L ditunjukkan untuk penyediaan pekat
dan 0.5L untuk penyediaan cecair
Jangan memasukkan cecair atau ramuan yang suhunya melebihi 60° C (140°F) ke dalam
mangkuk pengisar.
Pasangan pengedap penutup (D5) di sekeliling penutup (D6) dan letakkan pemasang pada
mangkuk (D4), kunci butang (D7) pada rerumah yang terletak di atas penutup.
Pasang mangkuk terpasang (D) kepada unit motor (A) dengan butang klik (D2) unit mata pisau
selari dengan takuk yang terletak di depan unit motor (A) (gambarajah3), mangkuk (D) patut
dimasukkan secukupnya ke dalam unit motor (A), jika tidak peralatan tidak akan berfungsi
(gambarajah4).
Pasangkan palam peralatan dan tekan butang 1 (C) atau 2 (B), bergantung kepada kelajuan yang
dikehendaki, tekan beberapa kali atau tekan butang dengan lama bagi penggunaan berterusan.
Jangan menggunakannya secara berterusan selama 60 saat.
Untuk memberhentikan peralatan, lepaskan butang (B) atau (C). Cabut palam peralatan.
Keluarkan mangkuk (D) daripada unit motor (A).
Pengisar herba (E) membolehkan anda, dalam hanya beberapa saat, untuk mencencang
ramuan seperti: parsli, bawang, bawang putih, aprikot kering, daging (tanpa urat dan
dipotong kecil), untuk membuat serbuk roti (roti rapuh, dsb.).
Jangan menggunakan pengisar herba untuk penyediaan cecair (jus buah).
Pengisar rempah (F) membolehkan anda, dalam hanya beberapa saat, untuk mengisar
rempah menjadi serbuk (biji ketumbar, lada biji) dan daun kering pokok beraroma
(pudina).
Aksesori-aksesori ini didatangkan bersama mangkuk yang menghalang capaian kepada mata pisau
semasa ia sedang digunakan.
Pastikan pengedap dipasang dan diletakkan dengan betul pada unit mata pisau (E1) atau (F1)
(gambarajah1), lipatan pengedap patut boleh dilihat apabila ia dipasang dan pengedap
sepatutnya rata, ia tidak sepatutnya dikancingkan (gambarajah1).
Masukkan ramuan ke dalam mangkuk (E4) atau (F4).
MENGGUNAKAN PERALATAN ANDA
Loading ...
Loading ...
Loading ...