Loading ...
Loading ...
Loading ...
24
Jangan sesekali meletakkan kord kuasa di tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak, berdekatan
atau bersentuhan dengan bahagian peralatan anda yang panas, berdekatan sumber haba atau pada
sisi yang tajam.
Jangan meletakkan aksesori yang mengandungi logam ke dalam ketuhar gelombang mikro.
• Langkah berjaga-jaga patut diambil apabila mengendalikan mata pisau tajam pada unit
mata pisau mangkuk pengisar (D1), pemasang mata pisau pengisar herba (E1) dan
pemasang mata pisau pengisar rempah (F1) ketika mengosongkan mangkuk dan
mencucinya: ia amat tajam.
• Jangan sesekali menyentuh bahagian yang sedang bergerak sewaktu peralatan sedang
beroperasi, tunggu sehingga peralatan dan aksesori berhenti sepenuhnya sebelum
menyentuh bahagian atau menanggalkan aksesori-aksesori ini.
• Jangan memasukkan perkakas dapur (sudu, sudip, dsb.) ke dalam mangkuk (D) sewaktu ia
sedang beroperasi.
Jangan membiarkan rambut yang panjang, skarf, dsb. terjuntai di atas peralatan atau aksesori
sewaktu ia sedang beroperasi.
Jangan menggunakan mangkuk pengisar tanpa ramuan, hanya dengan produk kering atau keras
sahaja (seperti kiub gula) atau jika penutup (D6) dengan pengedapnya (D5) tidak dipasang
pada mangkuk.
Amaran: Jangan memasukkan atau mencampurkan cecair atau ramuan yang mempunyai
suhu melebihi daripada 60° C (140°F). Jika anda perlu mencampurkan ramuan yang
panas, jarakkan tangan anda daripada penutup (D6) dan penyuap (D7) untuk
mengelakkan sebarang risiko melecur.
Sentiasa memasukkan ramuan cecair ke dalam mangkuk pengisar terlebih dahulu sebelum
menambahkan ramuan pepejal, tanpa melebihi paras yang ditunjukkan.
Jangan menggunakan mangkuk sebagai bekas (untuk menyejuk beku, memasak atau mensteril).
Jangan menggunakan peralatan anda melebihi 1 minit tanpa henti.
Untuk keselamatan anda, peralatan ini mematuhi Standards dan Peraturan yang terpakai:
- Arahan Voltan Rendah
- Keserasian Elektromagnetik
- Alam sekitar
- Bahan yang bersentuh dengan barang makanan
Letakkan peralatan di atas permukaan kerja yang stabil dan tahan haba.
Jangan sesekali menggunakan peralatan untuk mengadun atau membancuh ramuan bukan
makanan.
Peralatan tidak boleh digunakan jika pemasang mangkuk pengisar (D) atau aksesori (E) atau (F)
tidak dipasang dan diletakkan dengan betul pada unit motor (A).
Mangkuk (E4) (F4) ditandakan dengan garis berwarna pada tapaknya dan patut dipasang dengan
unit mata pisau yang butang pelepasnya (E2) (F2) daripada warna yang sama.
Mangkuk pengisar (D4) tidak ditandakan dengan warna, ia patut dipasang dengan unit mata pisau
yang mempunyai butang pelepas kuning (D2).
Sebelum menggunakan buat pertama kali, cuci semua aksesori (D,E,F,G) dengan air bersabun yang
suam tetapi jangan cuci unit motor (A).
SISTEM PENGUNCI KESELAMATAN
SEBELUM MENGGUNAKAN BUAT PERTAMA KALI
Loading ...
Loading ...
Loading ...