Tefal RK7025TH Fuzzi electronic

User Manual - Page 39

For RK7025TH.

PDF File Manual, 63 pages, Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
36
MS
FUNGSI « EXPERT » (MAHIR)
Masa memasak yang diberikan dalam jadual hanyalah anggaran dan
sebagai panduan sahaja.
Letakkan peralatan di atas permukaan yang rata, stabil, tahan panas
dan jauh daripada percikan air dan sumber haba.
Tuangkan kuantiti beras yang dikehendaki ke dalam mangkuk dengan
menggunakan cawan penyukat yang disediakan – Fig.9. Kemudian
isikan air sehingga ke tanda « CAWAN » di dalam mangkuk tersebut
(Sila rujuk kepada panduan memasak di atas) – Fig.10.
Tutup penutup.
Nota: Sentiasa masukkan beras terlebih dahulu untuk mengelakkan
air yang berlebihan.
Tekan kekunci « Menu » semasa status sedia untuk memilih fungsi
«Expert » (Mahir) sehingga lampu penunjuk menyala. Lampu penunjuk
« Start » (Mula) mula berkelip. Skrin LED memaparkan « -- ».
Jika tidak perlu praset masa, tekan kekunci « START » (MULA) untuk
memasukkan status memasak fungsi yang telah dipilih, penunjuk
«start » akan terus menyala dan skrin LED akan paparkan « -- ».
Jika perlu praset masa, tekan kekunci « Preset » (Praset), skrin akan
paparkan masa praset minima, skrin akan paparkan « 2 ». Kemudian
tekan « + » dan « - » untuk memulakan masa praset; setiap kekunci « + »
atau « - » menambah atau mengurangkan satu jam. Masa praset ialah
dari 2 hingga 15 jam. Apabila anda telah memilih masa praset yang
diperlukan, tekan kekunci « START » (MULA) untuk memasukkan status
memasak, penunjuk « START » akan terus menyala dan skrin LED akan
paparkan jumlah masa yang telah anda pilih.
Setelah air kering dalam periuk, penggera akan berbunyi dua kali, « bip,
bip », periuk akan mula mereneh dan skrin mula membilang bawah
masa mereneh: 14 minit.
Setelah mereneh, penggera akan berbunyi 5 kali, periuk masak akan
memasuki status kekal hangat di mana penunjuk « warm » (hangat)
akan menyala dan skrin akan paparkan « b ».
Setelah selesai memasak, apabila lampu penunjuk « KEKAL » menyala,
kacau nasi dan biarkan di dalam periuk untuk beberapa minit lagi untuk
memperolehi biji-biji nasi yang sempurna.
Untuk hasil yang terbaik, sekali-sekala gaulkan nasi ketika berada
dalam mod panas.
Loading ...
Loading ...
Loading ...