Philips HD4738/54 Rice Cooker

User Manual - Page 23

For HD4738/54.

PDF File Manual, 56 pages, Read Online | Download pdf file

HD4738/54 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
10 Buka tudung dan kacau nasi agar rata (Gamb. 13).
Untuk hasil terbaik, lakukan ini sebaik saja periuk pemasak nasi beralih ke mod simpan-panas.
Kemudian tutup tudung dengan rapi. Mengacau nasi membolehkan stim keluar. Ini akan menjadikan
nasi lebih lembut.
11 Untuk menamatkan proses memasak atau mod simpan panas, tarik ke atas tuil kawalan,
matikan sesalur kuasa dan cabut plag sesalur kuasa dari soket dinding (Gamb. 14).

1 Ikut langkah 1 hingga 7 dalam bahagian ‘Memasak nasi’.
Jangan melebihi isipadu yang ditunjukkan dalam jadual untuk memasak bubur nasi, kerana ini boleh
menyebabkan periuk pemasak nasi membuak.
2 Tetapkan tombol pemilihan fungsi ke BUBUR NASI (CONGEE) (Gamb. 15).
, Lampu bubur nasi menyala (Gamb. 16).
3 Tekan turun tuil kawalan untuk memulakan proses memasak bubur nasi. (Gamb. 17)
Nota: Kacau bubur nasi semasa dalam proses memasak. Ini mengelakkan bubur nasi itu daripada
melekat pada periuk.
4 Untuk menamatkan proses memasak bubur nasi, tarik ke atas tuil kawalan, matikan sesalur
kuasa dan cabut plag sesalur kuasa dari soket dinding (Gamb. 18).
Pada akhir proses memasak bubur nasi, periuk pemasak nasi tidak beralih ke fungsi simpan panas.
Jangan biarkan periuk pemasak nasi hidup untuk jangka yang lama selepas proses memasak sebenar
telah selesai, kerana ini akan menjadikan bubur nasi itu menjadi melekit.

1 Sukat 3 cawan air dengan cawan penyukat dan tuangkannya ke dalam periuk dalam.
Jumlah air berbeza-beza menurut kuantiti makanan yang sedang dikukus.
Ia akan mengambil masa kira-kira 8 minit untuk mendidihkan 3 cawan air.
2 Letakkan makanan yang hendak dikukus di atas pinggan atau dulang kukus.
Untuk memastikan pengewapan yang rata, ratakan makanan dan jangan longgokkannya.
3 Letak dulang kukus di dalam periuk dalam.
Apabila anda menggabungkan pengukusan dan pemasakan nasi, pastikan anda menyukat jumlah
beras agar memberi ruang secukupnya untuk dulang kukus. Makanan yang dikukus akan siap apabila
proses memasak nasi selesai.
4 Jika anda menggunakan pinggan yang berasingan, masukkannya ke dalam dulang kukus.
5 Ikut langkah 7 hingga 10 dalam bahagian ‘Memasak nasi’.
, Lampu masak/lampu nasi menyala dan proses pengukusan bermula.
, Makanan akan siap dikukus apabila proses memasak nasi selesai.
6 Bukakan tudung dan keluarkan makanan kukus dengan teliti dari pinggan atau dulang kukus.
Gunakan sarung tangan ketuhar atau kain, kerana pinggan dan dulang kukus pada ketika ini
sangat panas.
Hati-hati terhadap stim panas.
7 Untuk menamatkan proses pengukusan, tarik ke atas tuil kawalan, matikan sesalur kuasa dan
cabut plag sesalur kuasa dari soket dinding (Gamb. 14).
 23
Loading ...
Loading ...
Loading ...