User Manual - Page 150

For AIRBLADE 9KJ HAND DRYER.

Loading ...
Loading ...
Loading ...
150
Maklumat
tambahan
MAKLUMAT PELUPUSAN
Produk Dyson diperbuat daripada
bahan boleh kitar semula gred tinggi.
Sila lupuskan produk ini secara
bertanggungjawab dan kitar semula
sekiranya boleh.
Jaminan anda
Terma dan syarat jaminan 5 tahun Dyson
Jika anda telah mendaftarkan unit
anda dalam talian, jaminan anda
akan bermula dari tarikh pembelian.
Sila simpan bukti pembelian anda.
Jika anda tidak mempunyai bukti
pembelian, jaminan anda akan
bermula 90 hari selepas tarikh
pembuatan, mengikut rekod Dyson.
Apabila unit ini dijual di luar wilayah UE,
jaminan ini hanya sah jika unit dipasang
dan digunakan di negara tempat
unit dijual.
APA YANG DILINDUNGI
Semua bahagian pengering tangan
anda yang dikilang dijamin bagi
kecacatan bahan dan mutu kerja asal
apabila digunakan berlandaskan
manual dan panduan pemasangan
pemilik bagi tempoh 5 tahun dari
permulaan jaminan anda.
Sila hubungi Talian Bantuan Dyson
untuk maklumat lanjut:
Sekiranya Dyson menentukan
bahawa pemasangan badan utama
memerlukan penggantian, Dyson akan
menghantar gantian untuk dipasang
oleh pelanggan di tapak. Pelanggan
perlu mengembalikan mana-mana
bahagian yang rosak kepada Dyson
menggunakan kotak pos prabayar
yang disediakan.
Mana-mana bahagian yang diganti
mesti dikembalikan kepada Dyson atau
yuran pentadbiran akan dikenakan.
Jika penapis perlu ditukar, Dyson
akan menyediakan kit penukaran
penapis yang akan dipasang di tapak
oleh pelanggan.
Mana-mana bahagian yang
dikembalikan dan digantikan semula
oleh Dyson akan menjadi hak
milik Dyson.
Penggantian mana-mana bahagian
unit di bawah Jaminan tidak akan
melanjutkan tempoh jaminan.
Jaminan ini menyediakan faedah
tambahan dan tidak akan menjejaskan
apa-apa hak anda sebagai pengguna.
Apa yang tidak dilindungi
Dyson tidak menjamin pembaikan atau
penggantian produk akibat:
Kerosakan yang tidak disengajakan
kemalangan, kerosakan yang
disebabkan oleh penggunaan atau
penjagaan yang cuai, penyalahgunaan
secara tidak sengaja atau sengaja,
pengabaian, vandalisme, operasi
secara cuai atau pengendalian unit
yang tidak berlandaskan dengan
manual operasi Dyson.
Penggunaan bahagian yang tidak
disambung atau dipasang mengikut
arahan Dyson.
Penggunaan bahagian dan aksesori
yang bukan komponen tulen Dyson.
Pemasangan yang tidak betul, atau
pemasangan yang tidak mengikut
Servis
Jika pengering tangan anda memerlukan
servis, sila hubungi Talian Bantuan Dyson.
Anda boleh juga melayari laman web Dyson
di www.dyson.com/airblade
arahan pemasangan yang dibekalkan
oleh Dyson dengan tepat (kecuali jika
dipasang oleh Dyson).
Pembaikan atau apa-apa perubahan
yang dijalankan selain daripada arahan
oleh Dyson.
Kerosakan daripada sumber luar
seperti transit, cuaca, gangguan
bekalan elektrik atau lonjakan kuasa.
Kerosakan haus dan lusuh biasa (cth.
fius, dll.).
Kerosakan yang disebabkan oleh
pembersihan yang tidak selaras dengan
arahan dalam manual ini: contohnya,
pembersihan dengan bahan kimia atau
produk yang disenaraikan sebagai
berbahaya kepada unit.
Kerosakan yang disebabkan oleh
kemasukan air kerana pembersihan
atau rawatan yang dilarang dalam
manual ini.
Sebarang kerosakan elektrik, banjir
atau kerosakan struktur, atau apa-apa
kerugian perniagaan atau pendapatan
akibat kegagalan produk. Jika
anda tidak pasti tentang apa yang
dilindungi dalam jaminan anda, sila
hubungi Dyson (butiran pada halaman
belakang).
Rumusan perlindungan
Anda perlu menyediakan bukti (salinan
asal dan juga sebarang salinan
berikutnya) penghantaran/pembelian
sebelum sebarang kerja boleh
dijalankan ke atas perkakas Dyson
atau sebelum sebarang alat ganti
dibekalkan. Tanpa bukti ini, sebarang
kerja yang dijalankan atau alat ganti
yang dibekalkan akan dikenakan
bayaran. Sila simpan resit atau nota
penghantaran anda.
Tertakluk pada pengecualian di atas,
semua kerja yang dilakukan di bawah
jaminan ini akan dilakukan oleh Dyson
atau ejennya yang sah.
Maklumat penting perlindungan data
Sewaktu mendaftarkan produk Dyson anda
Anda perlu memberi kepada
kami maklumat hubungan asas
untuk mendaftar produk anda dan
membolehkan kami menyokong
jaminan anda.
Sewaktu anda mendaftar, anda
akan diberi pilihan sama ada ingin
menerima komunikasi daripada kami.
Jika anda memilih untuk menerima
komunikasi daripada Dyson, kami akan
menghantar butiran tawaran istimewa
dan berita inovasi terbaru kami.
Kami tidak akan menyebarkan
maklumat peribadi anda kepada
pihak ketiga dan hanya menggunakan
maklumat yang anda kongsi dengan
kami sebagaimana yang ditakrifkan
oleh dasar privasi yang boleh didapati
di laman web kami: privacy.dyson.com.
07.08.2019 10:12 - C101785-HU03_OPMAN_GLOB_X280-1A-OPMAN-TEXT-101785_15_4c0s
Loading ...
Loading ...
Loading ...