Loading ...
Loading ...
Loading ...
7
ms
Arahan keselamatan
Jangan biarkan kord kuasa bersentuhan dengan bahagian panas
atau menariknya di atas bahagian sisi yang tajam.
Jangan sesekali merendam unit asas ke dalam air atau mesin basuh
pinggan mangkuk. Jangan kendalikan perkakas dengan tangan yang
basah dan mengoperasi mesin dalam keadaan kosong. Jangan
letakkan perkakas di atas tempat sambungan tapak pengadun
dan rendamkan unit asas di dalam bahan campuran. Peralatan
ini mestilah sentiasa dipisahkan dari punca kuasa selepas setiap
penggunaan,ketika tanpa penyeliaan, sebelum pemasangan,
penanggalan atau pembersihan dan kerosakan.
W Amaran
Risiko kecederaan
Berhati-hati semasa mengendalikan bilah pemotong yang tajam dan
juga semasa mengosongkan mangkuk dan semasa membersihkan.
Selepas penggunaan perkakas, tunggu sehingga bilah tapak
pengadun berhenti sepenuhnya. Sebelum menukar alat ganti
atau, aksesori yang bergerak semasa pengendalian, peralatan
mestilah dimatikan dan dipisahkan dari punca kuasa. Pasang dan
tanggal aksesori hanya apabila perkakas berhenti sepenuhnya.
Jangan sesekali menyentuh bilah tapak pengadun. Jangan sesekali
membersihkan bilah tapak pengadun dengan tangan. Gunakan
berus.
W Amaran
Risiko lecur
Berhati-hati semasa menyediakan bahan adunan panas. Bahan
adunan panas boleh terpercik keluar semasa penyediaan. Jangan
sesekali meletak tapak pengadun di atas permukaan panas atau
menggunakan di dalam bahan adunan yang terlalu panas. Biarkan
bahan adunan yang dimasak sejuk pada suhu 80°C atau lebih
rendah sebelum menyediakannya. Bagi penggunaan pengadun
tangan di dalam periuk, alihkan periuk daripada tempat memasak
terlebih dahulu.
W Amaran
Risiko lemas
Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan bahan pembungkusan.
Loading ...
Loading ...
Loading ...