Loading ...
Loading ...
Loading ...
6
ms Pengendalian mengikut peraturan
Pengendalian mengikut peraturan
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan!
Semasa pemberian perkakas sertakan bersama manual ini.
Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan perkakas
dengan betul akan mengecualikan pengeluar dari tanggungan liabiliti
kerosakan yang berlaku.
Perkakas ini hanya sesuai untuk pengunaan di dalam rumah atau
persekitaran sepertinya. Penggunaan perkakas untuk memproses
kuantiti makanan yang biasa untuk kegunaan domestik.
Perkakas ini hanya sesuai untuk menghancurkan dan
mencampurkan bahan makanan. Ia tidak boleh digunakan untuk
memproses objek atau bahan yang lain. Gunakan perkakas ini hanya
dengan bahagian dan alat ganti yang tulen. Jangan letak perkakas di
atas atau berdekatan dengan permukaan panas, seperti plat panas.
Bekas pengadun tidak sesuai digunakan di dalam ketuhar gelombang
mikro.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang yang mempunyai
kekurangan keupayaan fizikal, deria atau mental, atau kekurangan
pengalaman dan/atau pengetahuan dibawah seliaan atau telah
dilatih mengikut keselamatan pengendalian peralatan ini dan
memahami kesan bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan
daripada perkakas dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan
mengendalikan perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain
dengan perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci
atau menyelenggara perkakas ini.
Arahan keselamatan
W Amaran
Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik dan
ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut.
Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi pada
plat penarafan. Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda kerosakan
pada perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada perkasas, seperti
penukaran kord kuasa yang rosak, hanya boleh dilakukan oleh
khidmat pelanggan kami bagi mengelakkan sebarang bahaya.
Jangan sambungkan perkakas pada pemasa atau soket yang
dikawal dengan alat kawalan jauh.
Sentiasa awasi perkakas semasa menggunakannya! Kami
mengesyorkan, jangan hidupkan perkakas untuk jangka waktu
yang lebih lama daripada yang diperlukan untuk penyediaan bahan
campuran.
Loading ...
Loading ...
Loading ...