Tefal VC140131 Cooker

User's Guide - Page 43

For VC140131.

PDF File Manual, 85 pages, Read Online | Download pdf file

VC140131 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
MS
39
JAMINAN ANTARABANGSA TERHAD TEFAL / T-FAL
: www.tefal.com
Produk ini boleh diperbaiki oleh Tefal / T-Fal, semasa dan selepas tamat jaminan.
Jaminan
Produk ini adalah di bawah jaminan Tefal / T-Fal (alamat syarikat disertakan di dalam se-
narai negara yang terdapat pada Jaminan Antarabangsa Tefal / T-Fal) daripada sebarang
kerosakan semasa pengeluaran yang dikesan pada bahan-bahan atau kemahiran kerja
semasa tempoh jaminan di negara-negara yang disenaraikan pada helaian terakhir ma-
nual pengguna, bermula daripada tarikh pembelian.
Jaminan antarabangsa pengilang yang dikeluarkan oleh Tefal / T-Fal adalah faedah tam-
bahan yang tidak menjejaskan hak pengguna berdasarkan undang-undang.
Jaminan antarabangsa pengilang merangkumi semua kos yang berkaitan dengan pem-
baikian kerosakan produk agar ia kembali ke spesikasi asal, seperti pembaikian atau
penggantian bahagian-bahagian yang rosak dan usaha kerja yang berkaitan. Tefal / T-Fal
berhak menukar produk yang rosak dengan produk baru tanpa membaiki produk yang
rosak tersebut. Tanggungjawab Tefal / T-Fal dan resolusi eksklusif anda di bawah jaminan
ini adalah terhad kepada pembaikan sebegini atau penggantian sahaja.
Syarat-syarat dan Pengecualian
Jaminan antarabangsa Tefal / T-Fal hanya sah semasa tempoh jaminan dan di negara-ne-
gara yang tersenarai di dalam Senarai Negara yang disertakan dan hanya sah dengan
bukti pembelian. Produk boleh dibawa terus ke pusat servis yang sah atau hendaklah di-
bungkus dan dikembalikan dengan servis penghantaran yang telah direkodkan (atau kae-
dah pos yang sepertinya) ke pusat servis Tefal / T-Fal yang sah. Alamat penuh pusat servis
bagi setiap negara boleh diperolehi daripada laman web Tefal / T-Fal ( www.tefal.com
)
atau dengan menghubungi nombor telefon berkenaan yang boleh diperolehi daripada
Senarai Negara untuk mendapatkan alamat pos.
Tefal / T-Fal tidak bertanggungjawab untuk membaiki atau mengganti mana-mana pro-
duk yang tidak disertakan dengan bukti pembelian.
Jaminan ini tidak merangkumi sebarang kerosakan yang timbul akibat penyalahgunaan,
kecuaian, penggunaan yang tidak mengikut arahan, penggunaan pada voltan yang ber-
lainan daripada yang dinyatakan pada produk atau pengubahsuaian atau pembaikan
oleh agen yang tidak sah. Ia juga tidak merangkumi kekoyakan dan kelusuhan normal,
penyeleggaraan dan penggantian bahagian-bahagian yang boleh lusuh dan perkara-per-
kara berikut:
Penggunaan jenis air yang salah
Proses membuang keladak (sebarang proses membuang keladak perlu dilakukan
mengikut arahan penggunaan)
Memasukkan air, debu atau serangga ke dalam produk
Kerosakan mekanikal atau lebih muatan
Loading ...
Loading ...
Loading ...