Tefal KI800D65 Handy 1,7l

User Manual - Page 25

For KI800D65.

PDF File Manual, 28 pages, Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
25
MS
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
MEMBERSIHKAN CEREK ANDA
Cabut palamnya.
Biarkannya sejuk dan bersihkannya dengan span lembap.
Jangan sesekali merendam cerek, tapaknya, kord atau palam elektrik
di dalam air: penyambung elektrik atau suis mestilah tidak terkena air.
Jangan menggunakan pad penyental.
MEMBERSIH KERAK KARAT
Bersihkan kerak karat dengan kerap, sebaik-baiknya sebulan sekali atau
lebih kerap jika air anda amat liat.
Gunakan cuka putih: Isikan cerek dengan ½ l cuka. Biarkannya selama
1 jam tanpa dipanaskan.
Menggunakan asid sitrik: Didihkan ½ l air. Tambah 25 g asid sitrik dan
biarkannya selama 15 minit.
Kosongkan cerek anda dan bilas sebanyak 5 atau 6 kali. Ulang jika perlu.
Jangan sesekali menggunakan kaedah pembersihan kerak karat lain
selain daripada yang disyorkan.
SEKIRANYA TERDAPAT MASALAH
TIDAK TERDAPAT KEROSAKAN YANG NYATA PADA CEREK ANDA
Cerek tidak berfungsi atau terhenti sebelum air mendidih
Pastikan cerek anda disambung dengan betul.
Cerek telah dihidupkan tanpa air atau kerak karat yang terkumpul
telah menyebabkan pemanasan terlampau berlaku: biarkan cerek
sejuk dan kemudian isikan air. Bersihkan kerak karat terlebih dahulu
jika ia telah terkumpul.
Hidupkannya: cerek sepatutnya kembali berfungsi selepas lebih kurang
15 minit.
JIKA CEREK ANDA TERJATUH, JIKA IA BOCOR ATAU TERDAPAT KEROSAKAN
YANG KETARA PADA KORD KUASA, PALAM ATAU TAPAK CEREK.
Pulangkan cerek anda kepada Pusat Perkhidmatan Selepas Jualan TEFAL,
hanya mereka yang dibenarkan untuk membaiki kerosakan.
Lihat syarat-syarat jaminan dan senarai pusat dalam buku kecil. Jenis
dan nombor siri ditunjukkan di bahagian dasar cerek anda. Jaminan ini
melindungi kerosakan pengilangan dan penggunaan domestik sahaja.
Loading ...
Loading ...
Loading ...