Loading ...
Loading ...
Loading ...
21
kerak dilakukan, fungsi stim akan dipulihkan. Ini berlaku tanpa mengambil kira jenis air yang
digunakan.
Nota: Proses Pembersihan Kerak boleh dilakukan pada bila-bila masa, walaupun peringatan bunyi
dan lampu belum diaktifkan lagi.
Melakukan proses Pembersihan Kerak dengan bekas
Pembersihan Kerak
Amaran: Jangan tinggalkan perkakas tanpa dijaga sewaktu proses Pembersihan Kerak.
Awas: Lakukan proses Pembersihan Kerak dengan bekas Pembersihan Kerak sahaja. Jangan ganggu
proses dengan mengangkat seterika dari bekas Pembersihan Kerak, kerana air panas dan stim akan
keluar dari plat tapak.
1 Isikan separuh tangki air.
Nota: Pastikan palam perkakas dimasukkan dan perkakas DIHIDUPKAN sewaktu proses
Pembersihan Kerak.
2 Letakkan bekas Pembersihan Kerak di papan seterika atau lain-lain permukaan yang stabil dan
rata.
3 Letakkan seterika dengan stabil pada bekas Pembersihan Kerak (Raj. 15).
4 Tekan dan tahan butang CALC-CLEAN selama 2 saat sehingga anda mendengar bunyi bip singkat
(Raj. 16).
Nota: Bekas Pembersihan Kerak telah direka bentuk untuk mengumpulkan partikel kerak dan
air panas sewaktu proses Pembersihan Kerak. Anda boleh meletakkan seterika pada bekas ini
sewaktu proses tersebut kerana ini selamat.
5 Sewaktu proses Pembersihan Kerak, anda akan mendengar bunyi bip singkat dan bunyi pam
(Raj. 17).
6 Tunggu lebih kurang 2 minit untuk perkakas melengkapkan proses tersebut (Raj. 18). Apabila proses
Pembersihan Kerak selesai, seterika akan berhenti berbunyi bip dan lampu CALC-CLEAN akan
berhenti bernyala.
7 Lap seterika dengan kain dan letakkannya kembali di stesen pangkalan (Raj. 19).
Awas: Seterika panas.
8 Apabila bekas Pembersihan Kerak menjadi panas sewaktu proses Pembersihan Kerak, tunggu kira-
kira 5 minit sebelum anda menyentuhnya. Kemudian, bawa bekas Pembersihan Kerak ke singki,
kosongkannya dan simpan untuk penggunaan masa hadapan (Raj. 20).
9 Jika perlu, anda boleh mengulangi langkah 1 hingga 8. Pastikan anda mengosongkan bekas
Pembersihan Kerak sebelum memulakan proses Pembersihan Kerak.
Nota: Sewaktu proses Pembersihan Kerak, air yang bersih mungkin keluar dari plat tapak jika tiada
kerak yang terkumpul di dalam seterika. Ini perkara biasa.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara melakukan proses Pembersihan Kerak, rujuk video
dalam pautan ini: http://www.philips.com/descaling-iron.
Membersihkan plat tapak
Untuk menyelenggarakan perkakas anda dengan betul, bersihkan perkakas dengan kerap.
1 Bersihkan perkakas dengan kain lembap.
2 Untuk menghilangkan kotoran dengan mudah dan berkesan, biarkan plat tapak menjadi panas dan
gerakkan seterika pada kain lembap (Raj. 21).
Petua: Bersihkan plat tapak dengan kerap untuk memastikan peluncuran yang licin.
Bahasa Melayu
Loading ...
Loading ...
Loading ...