Loading ...
Loading ...
Loading ...
19
Bahasa Melayu
Amaran: Jangan gunakan air berwangian, air dari mesin pengering pakaian, cuka, kanji,
agen penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan, air yang dinyahkerak secara kimia
atau bahan kimia lain, kerana ini boleh menyebabkan air berdetus, kesan kotoran
berwarna perang atau kerosakan pada perkakas anda.
Mengisi tangki air
Isi tangki air sebelum setiap penggunaan atau apabila aras air di dalam tangki jatuh di bawah aras
minimum. Anda boleh mengisi semula tangki air pada bila-bila masa semasa menyeterika.
1 Buka penutup isian tangki air (Raj. 3).
2 Isi tangki air sehingga penunjuk MAX (Raj. 4).
3 Tutup penutup isian tangki air (‘klik’).
Menggunakan perkakas
Fabrik yang boleh diseterika
Jangan seterika fabrik yang tidak boleh diseterika.
- Fabrik dengan simbol ini (Raj. 5) boleh diseterika, seperti linen, kapas, poliester, sutera, wul, viskos
dan rayon.
- Fabrik dengan simbol ini (Raj. 6) tidak boleh diseterika. Fabrik ini termasuk fabrik sintetik seperti
Spandex atau elastan, fabrik campuran Spandex dan poliolen (seperti polipropilena). Cetakan
pada pakaian tidak boleh diseterika juga.
Penyeterikaan
1 Letakkan perkakas pada permukaan yang stabil dan rata.
Nota: Untuk memastikan penyeterikaan yang selamat, kami mengesyorkan agar anda sentiasa
meletakkan tapak pada papan seterika yang stabil.
2 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
3 Keluarkan kord sesalur kuasa dan hos bekalan air dari ruang penyimpanan.
4 Masukkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding dibumikan dan tekan butang hidup/mati
untuk menghidupkan penjana stim. Tunggu sehingga lampu ‘seterika sedia’ menyala berterusan
(Raj. 7). Ini mengambil masa lebih kurang 2 minit.
5 Untuk siri GC6819, GC6820 dan GC6830 sahaja: tekan butang pelepas kunci pembawa untuk
membuka kunci seterika pada platform seterika (Raj. 8).
6 Tekan dan tahan picu stim untuk memulakan penyeterikaan (Raj. 9).
Nota: Untuk hasil penyeterikaan terbaik, selepas menyeterika menggunakan stim, teruskan
menyeterika tanpa stim untuk beberapa kali.
Amaran: Jangan sekali-kali menghalakan stim kepada sesiapa.
Nota: Apabila anda menggunakan perkakas ini buat kali pertama, perkakas akan mungkin
mengambai masa selama 30 saat untuk mengeluarkan stim.
Nota: Pam akan diaktifkan setiap kali anda menekan picu stim. Anda akan mendengar bunyi
berdetar yang perlahan, ini perkara biasa. Apabila tiada air di dalam tangki air, bunyi pam akan
menjadi lebih kuat. Isi tangki air apabila aras air di dalam tangki jatuh di bawah aras minimum.
Loading ...
Loading ...
Loading ...