Loading ...
Loading ...
Loading ...
22
PENGGUNAAN
1. UNTUK MEMBUKA PENUTUP
Pembukaan penutup secara automatik: tekan butang pada pemegang. (gambarajah 2)
Untuk menutup penutup, tekan penutup ke bawah dengan kemas.
2. LETAKKAN TAPAK PADA PERMUKAAN YANG RATA, STABIL DAN TAHAN HABA, JAUH
DARIPADA PERCIKAN AIR ATAU SEBARANG SUMBER HABA.
Cerek anda hanya digunakan dengan asas dan penuras yang padan dengannya.
3. ISI CEREK DENGAN AIR SETAKAT YANG DIKEHENDAKI. (gambarajah 3)
Jangan sesekali mengisi air ke dalam cerek ketika ia masih berada di tapaknya.
Jangan mengisi air melebihi paras maksimum, atau di bawah paras minimum. Jika cerek
terlampau penuh, air yang mendidih mungkin tertumpah.
Jangan menggunakannya tanpa berisi air.
Pastikan bahawa penutupnya ditutup dengan betul sebelum digunakan.
4. LETAKKAN CEREK PADA TAPAKNYA. PASANG PALAMNYA KE SOKET UTAMA.
5. MENGHIDUPKAN CEREK
Tekan butang pasang/tutup yang terletak di bahagian bawah pemegang. (gambarajah 4)
6. CEREK AKAN MATI SECARA AUTOMATIK
Sebagi sahaja air mencapai tahap mendidih. Anda boleh memberhentikannya secara manual,
sebelum mengalihkannya daripada tapak untuk menuang air. Lampu penunjuk akan tutup
apabila air mencapai tahap mendidih. Pastikan butang pasang/tutup berada di kedudukan tutup
selepas mendidih dan cerek telah dimatikan sebelum mengalihkannya daripada tapaknya.
Jangan biarkan air di dalam cerek selepas menggunakannya kerana ini akan membuatkan
kerak karat cepat terbentuk.
MEMBERSIH DAN MENYELENGGARA
MEMBERSIHKAN CEREK ANDA
Cabut palamnya.
Biarkannya sejuk dan bersihkannya dengan span yang lembap.
Jangan rendam cerek, bahagian asasnya, kabel atau palam elektrik ke dalam air atau sebarang
cecair lain: sambungan elektrik atau suis tidak patut menyentuh air atau sebarang cecair lain.
Jangan menggunakan pad penyental.
MEMBERSIHKAN PENURAS (raj 5 - raj 6)
Penuras ini tidak boleh dibuka. Tarik keluar sebelum membersih dan ia mengandungi penjerat
untuk menahan partikel dan mencegahnya daripada jatuh ke dalam cawan anda apabila
menuang. Adalah penting untuk membersihkannya secara berkala menggunakan kain yang
lembap atau berus dengan perlahan. Selepas membersih, tekan balik penuras sehingga
berbunyi “klik”.
MEMBERSIH KERAK KARAT
Bersihkan kerak karat dengan kerap, sebaik-baiknya sebulan sekali atau lebih kerap jika air anda
amat liat.
Untuk membersihkan kerak karat cerek anda:
Menggunakan cuka putih:
Isi cerek dengan ½ L cuka,
Biarkan selama 1 jam tanpa pemanasan.
Menggunakan asik sitrik:
Didihkan ½ L air,
Tambah 25g asid sitrik dan biarkan selama 15 minit.
Menggunakan penyahkerak yang khusus untuk cerek plastik: ikuti arahan pengilang.
MS
Loading ...
Loading ...
Loading ...