Tefal HT150166 Quickmix

User Manual - Page 14

For HT150166.

PDF File Manual, 19 pages, Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
Sila baca dan ikuti arahan ini dengan teliti sebelum menggunakan
peralatan anda untuk pertama kali.
ARAHAN KESELAMATAN
a. Sila periksa bahawa voltan bekalan yang ditunjukkan pada plat kadaran
peralatan sepadan dengan sistem elektrik anda. Anda mungkin akan
merosakkan peralatan itu atau menyebabkan kecederaan kepada diri anda
sendiri jika ini tidak dipatuhi. Jaminan tidak akan terpakai lagi dalam
keadaan tersebut.
b. Untuk keselamatan anda, peralatan ini mematuhi piawaian dan peraturan
yang berkaitan:
- ”Perintah Voltan Rendah
- Keserasian Elektromagnet
- Alam sekitar
- Bahan-bahan bersentuhan dengan makanan”
c. Peralatan ini tidak direkabentuk untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kekurangan keupayaan zikal, deria atau mental,
atau orang yang tiada pengetahuan atau pengalaman sebelumnya,
kecuali mereka mempunyai kelebihan daripada pengawasan atau arahan
sebelumnya yang berkaitan dengan penggunaan peralatan, daripada
orang yang bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka. Kanak-
kanak tidak sepatutnya dibenarkan untuk bermain dengan peralatan.
d. Sentiasa mencabut palam peralatan sekiranya ia ditinggalkan tanpa
jagaan, sebelum memasang atau menanggalkan aksesori dan sebelum
pembersihan.
e. Peralatan ini telah direkabentuk untuk kegunaan dalam negeri sahaja.
Sebarang penggunaan secara komersil, penggunaan yang tidak
sesuai atau kegagalan untuk mematuhi arahan, pengeluar tidak akan
bertanggungjawab dan jaminan tidak akan terpakai. Penggunaan peralatan
yang lama mungkin akan membebankan peralatan, menyebabkan
kerosakan kepada peralatan, atau kecederaan diri. Jaminan tidak akan
terpakai lagi dalam keadaan tersebut.
f. Untuk mengelakkan renjatan elektrik, jangan gunakan peralatan dalam
keadaan tangan yang basah atau di atas permukaan yang lembap dan
basah. Elakkan daripada membasahkan komponen peralatan elektrik.
Jangan sekali-sekali merendamnya di dalam air.
MY
12
Loading ...
Loading ...
Loading ...