Tefal CY601D60 Multicooker

User Manual - Page 35

For CY601D60.

PDF File Manual, 72 pages, Read Online | Download pdf file

CY601D60 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
35
MY
Masak Perlahan Rendah, Masak Perlahan Tinggi, Saute/Layur, Sous
Vide, Bakar, Pemekatan Sos, DIVY ialah program Berbilang Masakan.
1. Ikut langkah dalam "Persediaan sebelum memasak"
2. Tekan "Berbilang Masakan" untuk memilih program memasak.
Program yang dipilih menyala, masa memasak lalai dipaparkan pada
skrin –Rajah 10.
3. Tekan butang "Suhu/Pemasa", lampu pemasa menyala –Rajah 11a.
4. Tekan "+/-" untuk mengubah masa memasak –Rajah11b.
5. Tekan "Tekanan/Suhu" untuk mengubah suhu memasak. Suhu
memasak lalai dipaparkan pada skrin –Rajah12.
6. Tekan "+/-" untuk mengubah suhu memasak –Rajah13.
7. Tekan "Mula" untuk memulakan program memasak. Perkakas mula
memanas. Lampu "Sedang Memanas" menyala –Rajah14.
8. Apabila anda menggunakan program "Masak Perlahan Rendah",
"Masak Perlahan Tinggi", Pemekatan sos" dan "DIY", masa yang
ditetapkan sebelum ini memulakan kiraan detik dari permulaan
program. Apabila anda menggunakan program "Sous Vide", "Bakar"
dan "Sauté/Layur", perkakas memulakan kiraan detik apabila suhu
mencapai parameter yang ditetapkan sebelum ini.
9. Apabila masa memasak sudah berlalu, perkakas berbunyi bip dan
bertukar kepada mod "Kekal Panas" secara automatik kecuali "Saute/
Layur", "Sous Vide", "DIY" dan "Bakar". Anda boleh membuka kinci
dan membuka tudung atas.
Nota:
1. Sesetengah masa memasak program atau suhu memasak tidak boleh
diubah. Sila lihat butiran dalam carta Program Berbilang Masakan.
2. Program Memasak Sous Vide
Kunci untuk memasak sous vide adalah untuk mencipta kedap
vakum. Makanan pengedap vakum mengelakkan pemeluwapan
dan membolehkan pemindahan tenaga yang lebih cekap daripada
air kepada makanan. Untuk berbuat demikian, letakkan sahaja
mekanan berperisa di dalam beg plastik dan keluarkan semua udaran
dan kemudian kedapkan beg tersebut. Tambah air ke dalam periuk
dalaman dahulu dan kemudian tenggelamkan makanan di dalam air.
BERBILANG MASAKAN
Loading ...
Loading ...
Loading ...